Air Zamzam: Sejarah dan Khasiat

Bila menceritakan tentang pengalaman mengerjakan ibadat umrah dan haji, mesti tidak te menceritakan betapa nikmatnya minum air zamzam di tanah haram ini. Apa yang dimaksudkan dengan zamzam?

Zamzam dari segi bahasa bererti banyak atau melimpah ruah. Zamzam merupakan air yang dianggap suci oleh umat Islam. Ia merupakan sumur mata air yang terletak di kawasan Masjidil Haram, bersebelahan tenggara Kaabah yang mempunyai kedalaman sedalam 42 meter.

SEJARAH AIR ZAMZAM

Mesti anda tertanya-tanya, apa sejarah kemunculan air zamzam ini? Peristiwa Siti Hajar yang berlari ulang-alik antara Bukit Safa ke Bukit Marwah demi mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail yang sedang kehausan di tengah padang pasir. Maka dengan izin daripada Allah s.w.t Siti Hajar mendengar perintah-Nya untuk melihat Nabi Ismail yang sedang menangis sambil menghentakkan kakinya ke tanah. Akibat daripada hentakan tersebut, telah keluar air yang banyak daripada mata air tersebut sehingga air tersebut melimpah. Lalu Siti Hajar berkata “zamzam” (berkumpullah) hingga akhirnya air itu berkumpul dan dinamakan zamzam. Itulah sedikit sebanyak tentang sejarah kemunculan air zamzam ini.

Mari kita kaji apa ciri-ciri sumur zamzam. Sumur zamzam terletak kira-kira 11 meter dari Kaabah dan air yang dapat disedut daripada telaga zamzam adalah sebanyak 11-18.5 liter per saat. Dahulu, terdapat bangunan di atas sumur ini tetapi telah ditiadakan bagi meluaskan tempat tawaf sehingga ruang minumnya dipindahkan ke ruang bawah tanah di tempat tawaf yang mempunyai 23 anak tangga dan penghawa dingin. Ruang minum tersebut dipisahkan antara jemaah lelaki dan perempuan. Sumur zamzam ini telah dipagari dengan kaca tebal dan hanya dapat dilihat dari ruang minum jemaah lelaki.

Gambar di atas menunjukkan sumur zamzam. Sumur zamzam ini telah digali dengan menggunakan tangan pada asalnya. Untuk pengetahuan, air zamzam tidak berbau akan tetapi memiliki rasa yang berbeza.

Ada tak perkara-perkara yang disunatkan atau adab yang harus dipraktikkan ketika meminum air zamzam ini? Sudah pasti Islam ada menggariskannya untuk diamalkan oleh semua muslim. Antara adab atau perkara sunat yang boleh diamalkan adalah:

  1. Menghadap ke arah kiblat,
  2. Membaca Bismillah sebelum minum.
  3. Niat ikhlas kerana Allah Taala ketika minum air zam-zam.
  4. Jangan habiskan minuman dengan sekali teguk.
  5. Jangan bernafas dalam bekas minuman dan minum sebanyak tiga kali teguk.
  6. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, disunatkan melihat ke arah Kaabah/kiblat.
  7. Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
  8. Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah).
  9. Memperbanyakkan doa dan selawat ketika minum dan pada waktu yang sama mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Antara Doa Ketika Minum Air Zamzam

Terdapat riwayat daripada Al-Daruquthni namun ia bukanlah perkataan daripada Nabi Muhammad SAW, ia hanyalah merupakan doa yang selalu diamalkan oleh Ibnu Abbas ra. Doa beliau ketika minum air zam-zam ialah :

اللهم إني أسألك علماً نافعاً، ورزقاً واسعاً، وشفاءً من كل داء

(Allahumma inni as-aluka ‘ilman naafi’a wa rizqon waasi’an wa syifa’an min kulli daa-in)

“Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizeki yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit“.

 

KHASIAT AIR ZAMZAM

Apa pula keistimewaan atau khasiat minum air zamzam ini? Mari kita lihat hadis Nabi Muhammad SAW tentangnya.

Nabi SAW bersabda,

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ

Maksudnya, “Air zam-zam itu air yang diberkahi. Makanan yang mengenyangkan.”(HR Muslim & Ibn Hibban)

Dan juga terdapat hadis  riwayat daripada Ibnu Abbas ra, bahawasanya Nabi SAW bersabda,

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمْ ، وَفِيْهِ طَعَامُ مِنَ الطَّعْمِ ، وَشِفَاءُ مِنَ السَّقَم

Maksudnya, “Air terbaik yang ada di muka bumi adalah air zam-zam. Boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat dari penyakit.” (HR Tabrani)

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah kita ketahui secara umum bahawa air zamzam ini mempunyai banyak keistimewaan dan khasiat apabila kita meminumnya, antaranya adalah:

1) Mengoptimumkan Proses Metabolisme Dalam Tubuh

Fungsi metabolisme adalah untuk mengubah zat-zat yang masuk ke dalam tubuh seperti lemak menjadi tenaga. Dengan minum air zamzam, ianya sangat membantu untuk membuatkan metabolisme tubuh mampu berjalan dengan baik serta berguna untuk mencegah daripada terjadinya lemak tepu di dalam tubuh.

2) Menghilangkan Lapar

Mengikut ilmu sains, air zamzam ini bebas daripada mikroorganisme yang boleh mengurangkan kesegaran air. Air ini mengandungi dua mineral yang sangat penting iaitu kalsium dan magnesium. Kedua-dua kandungan mineral ini membuatkan air zamzam memberi manfaat dalam menyegarkan tubuh badan. Keberkahan air zamzam ini berfungsi sebagai makanan yang boleh mengenyangkan bagi orang yang meminumnya.

3) Memaksimumkan Proses Penggantian Sel Kulit Mati

Air zamzam juga mempunyai manfaat dalam penjagaan penampilan kulit tubuh seperti membantu menghasilkan sel kulit mati dan diganti dengan kemunculan sel kulit yang baru. Air zamzam juga membantu dalam mencerahkan kulit tubuh dan wajah.

4) Melancarkan Peredaran Darah

Minum air zamzam juga boleh melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan manusia. Masalah peredaran darah dalam tubuh badan terjadi akibat pengumpulan lemak dalam salur darah. Pengambilan makanan berlemak dan tidak berkhasiat seperti makanan segera secara berlebihan dan jarang bersukan menjadikan ia salah satu punca utama pengumpulan lemak dalam badan.

5) Menyihatkan Tulang Dan Gigi

Tubuh manusia memerlukan bekalan zat kalsium yang mencukupi setiap hari bagi memastikan tulang dan gigi sentiasa sihat dan kuat. Air zamzam mempunyai kalsium yang mampu memberi manfaat bagi kesihatan tulang dan gigi. Kekerapan meminum air ini boleh mencegah daripada berlakunya masalah pereputan tulang dan gigi.

6) Memberikan Tenaga Bagi Ibu Hamil

Kita sedia maklum bahawa keadaan tubuh ibu ketika hamil adalah sering berasa letih kerana kekurangan zat dan tenaga. Minum air zamzam dapat membantu mengatasi masalah keletihan yang sering dialami oleh ibu hamil kerana dengan meminumnya ia dapat memberi tenaga yang mencukupi kepada mereka. Air zamzam juga dapat menyegarkan tubuh badan serta menambahbaikkan kesihatan dalam diri ibu hamil ini. Segala zat yang diperlukan oleh ibu mengandung kebanyakannya memang terdapat dalam air zamzam yang diminum. Oleh itu, Ibu mengandung sangat digalakkan untuk selalu minum air zamzam.

7)  Menguatkan Rahim Ketika Hamil

Rahim merupakan tempat terletaknya janin. Keadaan rahim yang kuat sangat penting agar proses kehamilan sepanjang 9 bulan boleh berjalan dengan baik. Minum air zamzam ini sangat bermanfaat untuk menyihatkan dan menguatkan rahim ibu hamil dan umumnya dapat menyihatkan tubuh badan ibu yang sedang hamil.

Kesimpulannya, minum air zamzam ini mempunyai banyak khasiat dan keistimewaan yang tersendiri serta pentingnya adab dan niat seseorang itu apabila hendak minum air zamzam ini. Sekiranya berniat baik dan halal, In sha Allah ianya dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Pentingnya untuk kita tahu sejarah dan khasiat air zamzam ini agar kita selalu memuji akan kebesaran Allah SWT yang menciptakan air ini di tanah Haram yang mana secara khususnya adalah untuk umat Islam. Selain itu adalah agar kita lebih menghargai rezeki dapat minum air zamzam ini dan sekaligus akan membuatkan kita rasa pentingnya sunnah minum air zamzam sehingga kenyang.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan? Hubungi Kami

Kami sedia Membantu anda sekiranya anda

Eksekutif Jualan cutiumrah.com

Syamimi

Online

Sales Exekutif Mustakim Travel

Khaida

Online

Mutawwif

Ustaz Akim

Online

SyamimiSedang mencari pakej umrah? Saya bersedia untuk terangkan semuanya pada anda.

Assalamualaikum, saya Syamimi bagaimana saya boleh bantu? 00.00

Khaidaberminat untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang? Saya sudi membantu anda sekeluarga.

Assalamualaikum, saya Khaida. bagaimana saya boleh bantu? 00.00

Ustaz AkimIngin bertanya mengenai umrah?

Assalamualaikum. Saya Ust Akim. Bagaimana saya boleh bantu. 00.00