fbpx
Apa Itu Wajib Umrah

Apa Itu Umrah: Pengenalan, Syarat, Rukun & Wajib

Ibadat haji dan umrah merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan ianya menjadi kemuncak penzahiran ubudiyyah seorang hamba kepada Tuhan-Nya. Hari ini kami ingin berkongsi mengenai apa itu Umrah dan menerangkan dari sudut maksud, syarat rukun dan wajib.

Sejarah ibadat ini bermula daripada Nabi Muhammad SAW yang ingin melakukan ibadat haji untuk kali pertama. Pada tahun ke-6 Hijrah, Baginda bersama 1500 para sahabat ingin melakukan ibadat haji di Makkah.

Mereka berangkat ke Makkah dengan berpakaian ihram dan membawa unta untuk dijadikan sebagai haiwan korban.

Perjanjian Hudaibiyah apa itu umrahAkan tetapi, perjalanan ibadat mereka tidak berhasil kerana Nabi dan para sahabat dihalang oleh kaum Quraisy di Hudaibiyah. Tempat inilah yang menjadi saksi perundingan di antara Nabi dan kaum Quraisy yang dikenali sebagai ‘Perjanjian Hudaibiyah’.

Oleh itu, apakah maksud umrah serta hukum dan dalil yang menggariskan tentang kewajipan menunaikan umrah ini?

Apa Itu Umrah dari Segi Pengertian

Umrah dari segi bahasa ialah ziarah. Dari segi syara’ pula bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’. Namun begitu, ada masanya kita tidak boleh menunaikan umrah iaitu masa menunaikan haji. Hukum mengerjakan umrah ialah wajib sekali seumur hidup apabila telah memenuhi syarat-syaratnya.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”.

Apakah pula syarat-syarat wajib Umrah?

Islam telah menggariskan lima syarat wajib umrah. Antaranya ialah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (istito’ah).

Seperti yang kita ketahui, mengerjakan haji dan umrah bagi yang berkemampuan merupakan Rukun Islam yang kelima.

Syarat Wajib UmrahHal ini bermaksud umrah merupakan salah satu kegiatan agama Islam yang disarankan kepada Muslim yang “mampu”.

Berkemampuan yang dimaksudkan disini terdiri daripada dua kategori iaitu berkemampuan pada diri sendiri dan berkemampuan dengan bantuan daripada orang lain.

Berkemampuan pada diri sendiri seperti cukup perbelanjaan dan nafkah tanggungan, sihat tubuh badan dan lain-lain.

Manakala, berkemampuan dengan bantuan daripada orang lain pula seperti sakit yang tiada harapan untuk sembuh, terlalu tua/uzur serta meninggal dunia dan mampu mengerjakan umrah semasa hayatnya.

Berapakah Rukun Umrah Yang Telah Digariskan Oleh Islam?

Rukun umrah yang digariskan dalam Islam ada lima.

Pertama, niat ihram umrah. Lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.

Kedua, tawaf umrah. Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad.

Terdapat beberapa syarat sah tawaf seperti menutup aurat, suci daripada hadas besar dan kecil, mengekalkan niat tawaf, cukup tujuh pusingan dengan yakin dan sebagainya.

Ketiga, sa’ie umrah. Sa’ie memberi maksud berjalan ulang-alik atau berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.

Perbuatan sa’ie juga mempunyai syarat sah seperti bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah, cukup tujuh kali ulang-alik dengan yakin, hendaklah dilakukan ditempat yang disediakan dan lain-lain lagi.

Keempat, bergunting atau bercukur. Dalam rukun ini, hendaklah kita menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Disunatkan kepada jemaaah lelaki untuk bercukur.

Perbuatan ini hendaklah dilakukan setelah selesai tawaf dan sa’ie umrah.

Kelima dan akhir sekali, tertib. Iaitu mengerjakan rukun-rukun umrah mengikut susunan bermula daripada niat, tawaf, sa’ie, bercukur atau bergunting.

Rukun UmrahSebagai pengetahuan, rukun umrah merupakan perkara asas yang mesti ditunaikan oleh orang yang melaksanakan asasi umrah.

Jika tidak ditunaikan sama ada sengaja ataupun tidak maka tidak sah umrah tersebut.

Apa Itu Wajib Umrah

Wajib umrah pula mempunyai dua perkara iaitu berniat ihram di Miqatdan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

Apa Itu Wajib UmrahMiqat bermaksud sempadan bagi ibadat haji ataupun umrah. Sekiranya berniat melepasi Miqat, kita dikehendaki untuk membayar dam iaitu denda.

Terdapat tiga belas larangan ihram yang wajib kita ketahui antaranya dilarang membunuh binatang, dilarang merosakkan tanam-tanaman, dilarang memotong kuku dan lain-lain lagi.

Apakah pula perbezaan di antara rukun dan wajib umrah?

Sebagai pengetahuan, rukun umrah merupakan perkara asas yang mesti ditunaikan oleh orang yang melaksanakan asasi umrah. Jika tidak ditunaikan sama ada sengaja ataupun tidak maka tidak sah umrah tersebut manakala wajib umrah ialah perkara yang wajib dilakukan semasa menunaikan umrah.

Sekiranya tidak dilaksanakan dengan sengaja, sah umrah akan tetapi berdosa. Sekiranya tidak sengaja, ianya tidak berdosa akan tetapi wajib untuk membayar dam mengikut kadar yang ditetapkan.

Daftar Pakej Umrah Kami

Apa Itu Umrah? Fahami Umrah Sebagai Persediaan Awal

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan menunaikan umrah ini. Antaranya, mendapat status ‘tetamu Allah s.w.t’, doa-doa akan dimakbulkan, dapat menghayati sirah Nabi serta hubungan sesama umat Islam akan terjalin dengan lebih erat. Semoga perkongsian maksud dan pengertian apa itu umrah dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga bakal jemaah yang akan menunaikan ibadat Umrah.

37 thoughts on “Apa Itu Umrah: Pengenalan, Syarat, Rukun & Wajib”

  1. Bagaimana hukum seorang perempuan yg belum berkahwin menunaikan umrah. Adakah perlu/wajib baginya untuk ada mahram sperti bapa/abang kandung?

    1. Cuti Umrah

      Ya betul, adalah perlu dan wajib bagi perempuan berumur bawah 45 tahun ada bersamanya Mahram untuk menunaikan umrah.

      1. Assalamualaikum,saya berumur 29 tahun,saya nak bertanya jika saya seorang pergi umrah tanpa mahram boleh ka? Saya nak pergi tanpa sesiapa boleh ka?saya nak pergi megikit pakej umrah saja.

  2. Zalina malek

    Bagaimana pula jika suami tidak menunaikan kewajipan pada isteri dan anak anak, tetapi boleh pergi umrah

      1. Cuti Umrah

        salam zul, jika haid tiba ketika hari samapai di madinah atau mekah, maka kene tunggu haid kering dan bersih kemudian baru boleh tunaikan umrah. untuk bantuan dan pencerahan terperinci boleh hubungi saya di 017 8202010 atau klik link di sini https://cutiumrah.wasap.my

  3. salam…apakah hukumnya seorang perempuan yang telah berkahwin pergi umrah tanpa suami? adakah mahram tumpang dibolehkan dalam umrah?

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam wrt.

      Hukum perempuan pergi tunaikan umrah tanpa suami adalah harus. Adapun kebenaran suami untuk pergi bermusafir salah wajib. Mahram tumpang di bolehkan dalam umrah seperti bermahramkan abang, atuk, pakcik adik beradik ibu, pakcik adik beradik bapa. Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus hubungi Ustaz Akim di 0178202010. terima kasih

  4. Apakah hukumnye Pergi menunaikan umrah dalam keadaan hutang masih tertangguh (bank). Maksudnye menggunakan wang yang ade dengan mendahului mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelom melangsaikan hutang tertunggak (bank) tersebut.

    1. Cuti Umrah

      salam puan norehan,
      hukum asal pada harta yang boleh di gunakan untuk pergi menunaikan umrah adalah harta yang bersih dan halal sumbernya. Adapun di zaman sekarang boleh dikatakan hampir semua orang akan menanggung hutang di dalam hidupnya seperti hutang rumah dan hutang kenderaan dengan bank. Sikiranya kita sebahagian orang yang mempunyai hutang ini, adalah tidak mengapa untuk kita pergi menunaikan umrah atau haji walaupun hutang ini belum seselesai, ini adalah kerana hutang dengan bank telahpun ada perjanjian dan persetujuan bersama(kontrak) dengan jumlah dan tempoh waktu bayar balik. Semoga menjawab persoalan puan. Untuk lebih lanjut boleh terus hubungi Ust Akim di 0178202010.

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wrt fatihah, perempuan sedang haid tidak boleh melakukan umrah kerana Tawaf salah satu aktiviti ibadah yang perlu bersih dari sebarang hadas dan tawaf metupakan rukun dalam umrah.

  5. Assalamualaikum. Sy nak bertanya berkenaan niat umrah. Adakah sah umrah seseorang itu jika niat menunaikan umrah adalah untuk mencari petunjuk tentang sesuatu yang asing bagi dirinya. Apa yg akn terjadi jika tidak sah, dan jika tidak sah, apa yg perlu dilakukan?

    1. Cuti Umrah

      walaikumsala wrt firdaus, umrah tetap sah selagi ia sempurna pada rukun-rukunnya.

  6. Assalamualaikum, nak tanya apakah hukum kalau seorang perempuan bujang melakukan umrah bersama teman lelaki nya

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam wrt afina, hukum umrah baginya tetap sah cumanya kerajaan arab saudi tidak akan mengeluarkan visa baginya untuk pergi menunaikan umrah tanpa mahramnya sertai sekali.

    2. Assalamualaikum sy nk tanya bole ke ank perempuan pergi umrah bersama ibu tanpa mahram lelaki?

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam aini, di bolehkn untuk mengambil pil untuk jaga kitaran haid dengan pantauan dan nasihat doktor, sekiranya haid tiba ketika sedang menunaikan umrah dan ketika sedang tawaf, maka umrah itu terbatal secara keseluruhannya. Adapun sekitanya haid datang selepas habis ibadah tawaf, maka boleh untuk sempurnakan ibadah rukun umrah yang lain sehingga selesai. umrah itu di kira sah. untuk maklumat lanjut dan lebih pencerahan boleh hubungi saya di 017 8202010 atau klik di sini https://cutiumrah.wasap.my

  7. Muhammad Hairi Bin Zaki@Ngah

    Assalammualaikum Ustad..boleh jelaskan tentang bilik berdua dan bertiga..saya plan nak bawak isteri dan seorang anak perempuan berumur 3tahun.. boleh Ustad advise bilik n pakej yg sesuai utk kami..terima kasih Ustad

  8. salam..saya ingin menghantar ayah saya untuk menunaikan umrah.. umur beliau adalah dalam lingkungan 72-73 an. Alhamdulillah masih sihat. Adalah wajib untuk ada wakil peneman bagi menemani ayah saya atau beliau dibenarkan pergi seorang diri?

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam khai, jika dia mampu untuk menguruskan dirinya sendiri maka adalah tidak mengapa untuk dia pergi sendiri, saya juga boleh mengawasinya, namum jika khai mampu dan berkelapangan adalah jauh lebih baik utk khai pergi bersama menemaninya. hubungi saya segara untuk bantuan di 017 8202010 atau klik di sini https://cutiumrah.wasap.my

  9. assalamualaikum, adakah kanak berumur 2 hingga 6 tahun wajib berihram ketika hendak memasuki mekkah?

    jika x wajib adakah boleh kita yang ihram mendukung nya?
    terima kasih..

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam shah, kanak-kanak yang masuk ke Mekah dengan berniat umrah adalah wajib berihram, begitulah sebaliknya. Shah boleh mendukung atau mengendong anak sepanjang menunaikan umrah. Cumanya ketika mengerjakan tawaf, shah perlu pastikan anak yang di kendong itu bersih dari najis. untuk pencerahan lebih details hubungi saya segera di 017 8202010 atau klik di sini https://cutiumrah.wasap.my

  10. Assalamualaikum. Kenalan saya melakukan umrah bagi pihak saya tanpa pengetahuan saya dan saya hanya diberitahu olehnya setelah dia selesai melakukan umrah tersebut. Adakah sah umrah tersebut? Sedangkan saya masih hidup dan sihat tubuh badan.

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wrt hazwani, umrah badal hanya untuk orang yang sudah meninggal atau masih hidup tapi tidak akan mampu melaksanakannya dengan kekangan kesihatan atau pun kewangan. umrah badal dari kenalan hazwani tadi tidak sah jika hazwani sendiri mampu lelakukannya. sila hubungi saya segara untuk lebih pencerahan di 017 8202010 atau klik di sini https://cutiumrah.wasap.my

  11. Assalamualaikum.. Jika seorg perempuan bstatus janda ingin mengerjakan umrah adakah msh perlu mbawa mahram? Trima ksh.

  12. Bagaimana tawafnya ya jika dia sudah selesai menunaikan unrah dan kembali ke Tanah air dan tiba² dia rasa tawafnya x lengkap.. dimana dia rasa semasa istilam di belakang sedikit dgn garis hajarul aswad tetapi berdekatan dgn penjuru hajarul aswad? Jika tidak sah bagaimana dgn umrah badal yg dilakukannya?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Assalamualaikum.
Saya Ustaz Mustakim, adakah anda berminat untuk mengerjakan umrah bersama kami?
Powered by