Di dalam artikel kali ini, kita akan menceritakan tentang cara-cara memakai ihram dengan betul bagi jemaah lelaki dan wanita.
Apa itu pakaian ihram? Bagaimana cara pemakaian kain tersebut kepada jemaah lelaki mahupun wanita?
Mari kita kaji bagaimana cara pemakaiannya.
Pakaian Ihram Untuk Jemaah Haji dan Umrah
Pakaian ihram adalah pakaian yang wajib dipakai oleh jemaah haji atau umrah.
Pakaian ini adalah pakaian suci yang tidak boleh dijahit (bagi laki-laki) dan disunahkan berwarna putih. Mengenakan ihram bermaksud bermulanya ibadah haji/umrah sejak dari miqatnya.
Pada masa ini talbiyah diucapkan dengan lafaz:
Labbaik Allahumma Labbaik, Labbaik laa syarikka laka labbaik, Innal haamda wanni’mata laka wal mulk Laa syariika laka.
Ertinya: Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah, Aku datang memenuhi panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiNya, Ya Allah aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan kebesaran untukMu semata-mata. Segenap kerajaan untukMu. Tidak ada sekutu bagiMu”.
Apakah sunnah yang digalakkan sebelum memakai pakaian ihram ini? Antara sunnah yang digalakkan ialah mandi dan berwudhuk.

Bagi jemaah lelaki memerlukan 2 helai kain ihram yang tidak berjahit.
Kain pertama digunakan untuk bahagian bawah seperti sarung manakala kain yang kedua pula digunakan untuk dijadikan selendang yang menutup bahagian atas tubuh badan.
Bagaimana cara Memakai Ihram Bagi Jemaah Lelaki Dan Wanita?
Pertama: Cara memakai ihram bagi wanita.
Untuk pengetahuan, cara pemakaian ihram bagi wanita sangat mudah.
Ianya sama seperti cara pemakaian bagi wanita ketika menunaikan solat.
Pakaian ihram tersebut haruslah menutup aurat. Seperti yang kita sedia maklum, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Pakaian ihram tersebut juga disunnahkan berwarna putih serta disunnahkan kepada Jemaah wanita untuk memakai sarung tangan dan sarung kaki.
Hal ini disunnahkan bagi menghindari terbukanya aurat di bahagian kaki dan tangan.
Kedua: Cara memakai ihram bagi lelaki.
Bagi Jemaah lelaki, pakaian ihram yang diperlukan sebanyak dua helai kain putih yang tidak berjahit.
Ianya dinamakan Izaar dan Ridaa’. Izaar merupakan kain yang menutup bahagian bawah dengan cara sarung manakala Ridaa’merupakan kain yang digunakan untuk diselempangkan di bahagian atas tubuh.
Langkah-Langkah Pemakaian Ihram:
Pertama: Pilih satu helai kain yang lebih panjang dan tebal untuk dipakai di bagian bawah badan. Bentangkan posisi kedua kaki, lalu sarungkan kain ke badan. Tangan kanan di bentangkan sambil menggenggam dua hujung kain ihram yang disatukan, dengan tangan kiri diletakan dibawah ketiak untuk menahan lipatan.
Kedua: Hujung kain ihram yang disatukan ditarik ke arah kiri, sedangkan tangan kanan menahan lipatan dibawah ketiak.
Ketiga: Hujung kain ihram yang disatukan dilipat kedalam seperti hal nya memakai sarung untuk solat, sehingga tidak kelihatan dari depan dan nampak rapi. Kemudian, kenakan sabuk khusus haji agar membentuk ikatan yang kuat.
Keempat: Ambil kain ihram potongan yang ke-2 dan bentangkan dengan tangan memegang ujung kain ihram tersebut. Posisi tangan kiri agak ke atas dan tangan kanan ke bawah. Sila lihat contoh gambar di atas.
Kelima: Selipkan hujung kain ihram sebelah kiri pada gulungan kain ihram di pinggang sebelah kanan.
Keenam: Selendangkan hujung kanannya untuk menutupi bagian atas badan, seperti contoh diatas.
Perkara Yang Perlu Diambil Kira Apabila Memakai Ihram

Adalah diingatkan kepada jemaah lelaki, ketika memakai Izaar (kain yang menutupi bahagian bawah), hendaklah jemaah mengambil kira beberapa perkara seperti:
Pertama: Menutup aurat, bermula dari pusat hingga ke lulut.
Walaupun pakaian bahagian atas ihram (Ridaa’) terdedah, hal ini tidak bermakna bahawa bahagian bawah ihram (Izaar) tidak terjaga auratnya.
Ketika duduk atau berada dalam posisi bongkok, pastikan bahagian bawah ihram tidak terdedah kepada aurat.
Kedua: Jangan melebihi / menutup mata kaki.
Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan pakaian ihram daripada terkena kotoran atau najis.
Perlakuan seperti ini juga merupakan salah satu sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Ketiga: Mudah untuk berjalan.
Pemakaian ihram yang tidak ketat memudahkan para jemaah lelaki untuk berjalan dan dapat mengelakkan daripada terjatuh sekiranya pakaian ihram tersebut terlalu ketat.
Kesimpulan
Ihram adalah niat untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah dan dinamakan “ihram” kerana selepas berniat ingin melaksanakan ibadat tersebut, para jemaah adalah dilarang daripada melakukan 13 perkara larangan ihram.

Akan tetapi, apabila Jemaah melanggar salah satu daripada larangan tersebut mereka akan dikenakan dam ataupun denda. Demikianlah penjelasan mengenai cara pemakaian ihram untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah.