Part 1: Musafir Dalam Ibadat Haji dan Umrah – Hukum Adab dan Cara Menunaikan Solat Ketika Bermusafir

Untuk artikel kali ini, kami akan menceritakan tentang musafir dalam ibadat haji/umrah. Untuk pengetahuan, perjalanan jemaah Umrah atau Haji untuk menunaikan ibadat ini juga dikira sebagai orang yang bermusafir. Dalam artikel ini kami akan mengupas menegenai adab-adab bermusafir, hukum bermusafir serta cara menunaikan solat ketika bermusafir. Jemaah perlu juga mengetahu perkara-perkara ini selain daripada belajar berkenaan menunaikan umrah dan haji.

Apa itu Musafir dalam Ibadat?

Apakah yang dimaksudkan dengan musafir? Musafir ialah perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat dengan bertujuan baik dan bermanfaat. Untuk pengetahuan pembaca, hukum bermusafir terbahagi kepada 5 hukum yang bergantung kepada tujuan dan keadaan permusafiran itu.

Apakah Hukum Bermusafir

Antara 5 hukum tersebut ialah:

1) Wajib: Kewajipan ke atas seorang Muslim untuk bermusafir bagi menunaikan ibadat haji/umrah.

2) Sunat: Sunat bermusafir ke masjid utamaseperti Masjidil Haram atau menziarahi sanak saudara.

3) Harus: Bermusafir dengan tujuan sesuatu yang diharuskan oleh Syara’.

4) Makruh: sekiranya bermusafir tanpa adanya tujuan.

5) Haram: Bermusafir dengan niat pergi ke tempat maksiat serta melakukan maksiat.

Musafir dalam Ibadah Umrah dan HajiAdab – Adab Bermusafir

Setiap perkara yang digariskan oleh Syara’ mempunyai adabnya yang tersendiri. Apa pula adab-adab ketika dalam musafir? Terdapat beberapa adab bermusafir mengikut sunnah Rasulullah S.A.W iaitu:

Adab Musafir Dalam Ibadat

Sebelum

  1. Berdoa memohon petunjuk;
  2. Menyediakan keperluan asas;
  3. Berniat untuk kebaikan.

Ketika

  1. Melantik seorang ketua;
  2. Mengucapkan selamat tinggal;
  3. Berdoa ketika menaiki kenderaan;
  4. Disunatkan mengerjakan sikat sunat musafir dan membaca doa musafir.

Semasa

  1. Mengerjakan solat secara jamak atau qasar atau kedua-duanya sekali;
  2. Tidak merosakkan alam sekitar;
  3. Sentiasa mengikati Allah s.w.t.

Cara Menunaikan Solat Ketika Bermusafir

https://www.blogmazeer.com/2018/07/inilah-cara-melakukan-solat-jamak.html
Photo Kredit: blogmazeer.com

Bagaimana pula cara untuk menunaikan solat ketika dalam musafir? Solat fardhu lima waktu adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. Hal ini bermaksud ianya wajib ditunaikan tanpa mengira keadaan dan tempat.

Bagi Muslim yang berjalan jauh (melebihi dua marhalah bersamaan lebih kurang 90km atau 60 batu) mereka tetap diwajibkan melaksanakan kewajipan ini.

Walaubagaimanapun, Allah s.w.t memberi keringanan dan kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan perintah Allah ini. Terdapat tiga cara menunaikan solat ketika musafir yang telah digariskan dalam Islam. Antaranya ialah:

Pertama: Qasar Sahaja Tanpa Jamak

Qasar bemaksud memendekkan solat empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) kepada dua rakaat. Adalah diingatkan bahawa solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Kedua: Jamak Sahaja Tanpa Qasar

Jamak pula bermaksud menghimpunkan solat Zohor dengan Asar sama ada dalam waktu Zohor atau Asar dan menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak sama ada dalam waktu Maghrib atau Isyak.Jika ianya dijamak dalam waktu Zohor dan Maghrib, ianya dinamakan Jamak Taqdim. Manakala, sekiranya dijamak dalam waktu Asar dan Isyak, ianya dinamakan Jamak Taakhir.

Ketiga: Solat Qasar Dan Jamak Secara Serentak

Contoh: melakukan solat Zohor (2 rakaat) dan solat Asar (2 rakaat) dalam satu waktu sama ada Jamak Taqdim atau Jamak Taakhir.

Adab Dalam BermusafirWaktu Bermulanya Musafir Dalam Ibadat?

Adalah diingatkan bahawa permulaan musafir dikira setelah seseorang itu keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, sempadan kota atau kawasan yang sudah tiada bangunan lagi. Musafir dikira berakhir apabila dia memasuki kawasan permulaan musafir tadi. Kawasan permulaan biasanya adalah kawasan tempat tinggal atau daerah yang didiami.

Penjelasan secara terperinci tentang perlaksanaan solat jamak dan qasar akan diceritakan di dalam artikel yang akan datang. InsyaAllah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *