UMRAH sering kali kita dengar di bibir-bibir mesyarakat bahawa mereka ingin menunaikan umrah sebelum melalukan ibadah haji, akan tetapi mereka menghadapi pelbagai halangan untuk mengerjakan ibadah umrah dari segi kekangan masa, kewangan dan sebagainya.
Walaupun kita dihimpit pelbagai permasalahan dalam mengerjakan ibadah umrah, mari kita mengungkap serba sedikit asal usul ibadah umrah itu sendiri.
Umrah Ibadah Mulia
Ibadah Umrah, merupakan salah satu ibadah yang mulia yang mana setiap insan yang beragama Islam boleh mengerjakannya setiap masa, malahan ibadah haji khusus pada musim haji sahaja.
Ibadah Haji juga merupakan ibadah yang mulia dalam Islam yang mana menjadi keinginan setiap muslim untuk mengerjakannya.
Oleh itu, siapakah insan atau manusia yang pertama pergi menunaikan ibadah Umrah / Haji di muka bumi ini?
Umrah Rasulullah SAW : Insan Pertama Menunaikan Umrah
Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang pertama menunaikan umrah dan haji di muka bumi ini.
Berapa kalikah baginda Rasulullah SAW telah melakukan ibadah Umrah? Daripada Qatadah RA, memberitahukan bahawa Rasulullah SAW melaksanakan umrah empat kali, semuanya di bulan Dzulqaidah, kecuali umrah yang dilakukan saat baginda menunaikan haji.
Umrah Hudaibiyah (6 Hijri)
Di hudaibiyah inilah Baginda singgah dan mendirikan kemah untuk beberapa hari, setelah dihadang pasukan Khalid bin al-walid di Dzi Thuwa dan tidak diizinkan masuk ke Makkah oleh kaum kafir Quraisy.
Akhirnya baginda mengenakan perjanjian dengan mereka kemudian membatalkan umrahNya dengan menyembelih unta malahan baginda serta sahabat mencukur (tahallul) rambut dan kembali ke Madinah pada tahun yang sama.
Umrah Qadha (7 Hijri)
Umrah Qadha ini merupakan umrah ganti yang dilakukan oleh baginda yang mana telah dilakukan pada umrah Hudaibiyah.
Pada ketika ini, Rasulullah SAW telah bermalam di Makkah selama tiga hari, kemudian keluar dari Makkah setelah menyempurnakan umrahnya.
Umrah Syawal (8 Hijri)/ Umrah Ramadhan (8 Hijri)
Umrah Syawal atau Ramadhan ini diberi nama disebabkan Umrah yang dilakukan oleh baginda semasa musim haji.
Umrah ini dilaksanakan oleh Rasulullah SAW setelah penaklukan kota Makkah dan perang Hunain dengan mengambil miqat di Ji’ranah yang mana dikenali sebagai miqat terbaik.
Umrah Bersamaan Dengan Haji Wada’ (10 Hijri)
Ketika baginda Rasulullah SAW pergi ke Hunain, kemudian ketika baginda kembali ke Makkah, baginda mengerjakan umrah dari Ji’ronah.
Dalam erti kata lain, umrah ini merupakan umrah terakhir baginda sebagaimana ibadah haji yang baginda laksanakan.
Ibnu Qayim mengatakan, “Tidak ada perbezaan bahawa umrahnya tidak lebih dari empat kali”(Zadul Ma’ad, juz/2: hlm 90-93).
Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa “Para ulama’ berkata, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW mengerjakan umrah pada bulan Dzulqaidah kerana keutamaan bulan ini dan bertentangan dengan orang jahiliyah dalam hal itu, kerana mereka berpendapat (maksudnya umrah di bulan Dzulqaidah) termasuk kemungkaran besar seperti yang lalu.
Wallahua’lam.
Alhamdulillah syukur kepada Allah Swt dapat mengetahui Sirah Rasulullah saw ketika melaksanakan umrah dan Jenisnya