Assalamualaikum. W.B.T.
Bismillah,
Selepas tamat diploma, saya telah melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang pengajian Islam. Sepanjang berada di sana, saya amat berminat dan tertarik dengan tempat-tempat pelancongan yang ada. Bumi yang menyimpan tamudun besar dunia iaitu tamadun Mesir Purba, Tamadun Rom dan Tamadun Islam.
Saya suka menyertai rombongan dan lawatan yang di anjurkan persatuan pelajar ke tempat-tempat menarik untuk melancong pada musim cuti. Selepas beberapa kali menyertainya, saya melihat satu peluang yang ada untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai pendapatan sampingan ketika sedang belajar di Egypt.
Pada mulanya, saya di minta oleh rakan-rakan untuk membantu membawa keluarga mereka yang datang menziarahi. Anak-anak yang baru tahun pertama menjalani kehidupan di Mesir sering menjadi kerisauan ibu bapa dan ingin melihat sendiri corak kehidupan dan pembelajaran di Mesir.
Dalam niat tolong-tolong kawan sahaja, tanpa di sangka khidmat saya tersebar dengan cepat dari mulut ke mulut bahawa saya mampu memberi khidmat ‘guide’ sekitar tempat pelancongan di Mesir dengan baik dan berbaloi untuk diupah.
Kesan dari komentar dan ‘recommendation’ yang baik, saya menerima tempahan untuk khidmat tour guide dengan banyak. Saya mula memberanikan diri dengan melabur dalam kumpulan usahasama kereta sewa dalam kalangan komuniti Malaysia di Cairo. Saya berjaya memiliki sebuah kereta MPV iaitu Toyoto Avanza untuk kegunaan sewa dan travel.
Selama hampir setahun saya fokus dalam khidmat ‘tour guide’, ruang dan peluang untuk mengembangkan potensi diri dalam perniagaan semakin besar. Saya mula membentuk team dan pasukan dalam pengurusan kedatangan tetamu untuk pelajar baru dan juga pelajar yang tamat pengajian. Masing-masing ibu bapa datang untuk memantau dan meraikan anak mereka.
Setelah hampir 2 tahun setengah pasukan ini bekerjasama maka lahir lah satu syarikat di beri nama MADEENA TOUR. Kami berjaya memiliki 5 avanza 2 buah kereta sedan 2 buah homestay dan 1 restoran dibawah kelolaan kami. Kami memberikan sepenuh perhatian dan komitmen untuk memberikan khidmat terbaik dalam menyantuni tetamu yang datang dari pelbagai Negara dari Singapore, Brunei, Thailand dan Malaysia.
Mesir merupakan negara yang subur pertumbuhan ekonominya terutama sektor pelancongan, namum ia tidak bertahan lama kerana mengalami satu kejutan iaitu Revolusi dan kebangkitan rakyat menentang 30 tahun pemerintahan regim Hosni Mubarak.
Waktu ini, perniagaan kami telah mula merudum akibat kedatangan pelancong dan pelajar baru ke Mesir berkurangan dengan mendadak. Aset syarikat mula di kurangkan dan ada di kalangan pasukan telah mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air secara tetap. Maka team Madeena Tour terpaksa di bubarkan.
Pada tahun 2016, saya memulakan hidup baru di bumi tanah tumpah darah. Saya cuba untuk menceburi bidang dan sektor yang sama iaitu industry pelancongan. Saya mula menubuhkan syarikat Mustaqim Travel & Tour Sdn Bhd bersama pasangan iaitu Munawwarah Ahmad Dimyati.
Lapangan industri di Mesir dan di Malaysia amat berbeza dan membuatkan saya tidak mampu memposisikan diri dalam industry dengan baik. Pengurusan syarikat juga saya mula belajar dari bawah dan memerlukan masa, tenaga dan kos. Tahun pertama perniagaan hanya berjaya mendapat 5 pelanggan sahaja.
Pada tahun 2017, saya mula berjinak dalam industri umrah dengan menyertai kawan yang telah berjaya memiliki syarikat sendiri dan berjaya dalam industri umrah. Terbukalah sedikit jalan untuk saya untuk mula terjun dalam pengurusan Jemaah Umrah dan Haji Malaysia.
Akhir tahun 2017 saya menyertai satu audisi program realiti TV terbaru di ASTRO OASIS iaitu MANHAJJ MUTAWWIF ‘Pencarian Mutawwif Terunggul’. Program yang mencari pembimbing Umrah u0026amp; Haji atau Mutawwif terunggul di Malaysia. Dengan izin Allah saya telah di terima sebagai 10 peserta terakhir yang akan di bawa LIVE ke pentas utama TV di ASTRO OASIS.
Berkat usaha dan doa semua, saya telah berjaya merangkul Naib Johan dalam pencarian mutawwif terunggul Malaysia. Selepas tamat program, saya berhasrat untuk kembalikan semula jasa baik semua penyokong dan ahli keluarga dengan berkhidmat sepenuh masa kepada semua tetamu Allah di dua tanah suci Mekah dan Madinah.
Dengan niat dan kesungguhan ini, saya telah menubuhkan dan membina pasukan yang di jenamakan sebagai CUTI UMRAH. Usaha ini tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk menjadi saksi untuk diri saya di hadapan Allah nanti. Usaha ini juga sebagai bantu loncatan untuk memenangi hadiah terbesar iaitu syurga Firdaus dari Allah s.w.t.
Saya dan beberapa teman seperjuangan telah bersepakat untuk menjadikan CUTI UMRAH sebagai platform hub industry umrah untuk menyediakan khidmat terbaik bagi setiap bakal jemaah Haji dan Umrah dengan pakej-pakej yang mampu milik dengan khidmat 5 bintang.
Kini saya sebagai pengarah urusan sedang giat membangunkan jenama CUTI UMRAH untuk mencapai visi dan misi kami. Cuti Umrah bakal hadir dalam hidup anda dan akan menyantuni anda di dua tanah suci Mekah dan Madinah dalam melaksanakan tuntutan ke lima Agama Islam.
Bersama kami di CUTI UMRAH.
Ustaz Mustakim Abd Rahim
Naib Juara Manhajj Mutawwif Astro Oasis