Jemaah Haji cutiumrah

Pengenalan, Hukum dan Syarat Badal Haji

Badal Haji adalah kaedah yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menggantikan seseorang individu melaksanakan ibadah haji disebabkan oleh keuzuran ataupun kematian yang menghalang mereka daripada melaksanakan ibadah tersebut. Terdapat hukum dan syarat badal haji yang perlu dipatuhi sebelum pelaksanaan badal Haji.

“Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji bagi kedua ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia, maka Allah akan melepaskan dia dari neraka dan kedua ibu bapanya akan memperoleh pahala satu haji yang sempurna tanpa dikurangkan pahala dari keduanya sedikitpun”.

(Riwayat Imam al-Baihaqi & Ibni ‘Asakir)

Apa itu Haji

Haji merupakan rukun Islam yang kelima yang mana ianya diwajibkan ke atas umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya. Haji dari sudut syarak bermaksud mengunjungi Baitillahilharam untuk mengerjakan ibadah tertentu pada waktu tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat Badal Haji
Foto Kredit: www.sitikhadijah.com

Walaupun ibadah Haji hanya diwajibkan sekali seumur hidup, namun atas faktor-faktor tertentu ibadah tersebut tidak dapat dilaksanakan. Dalam situasi ini, terdapat dua keadaan yang membenarkan badal haji dilaksanakan iaitu:

  • Dilakukan secara sukarela oleh pelaksana; ATAU
  • Mengupah pelaksana badal haji bagi pihak dirinya (individu yang mempunyai keuzuran) ataupun si mati (waris).

Hukum Pelaksanaan Badal Haji

Berdasarkan jumhur ulamak dari kalangan mazhab Asy-Syafie, Hanafi dan Hanbali hukum melaksanakan badal haji ini adalah diharuskan di sisi syarak.

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata yang bermaksud:

“Seorang perempuan dari puak Khath’am telah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah memfardhukan ibadah haji ke atas hamba-hamba-Nya ketika bapaku telah lanjut usia dan tidak lagi mampu untuk bermusafir (menunaikan haji). Adakah aku wajib menqadhakan ibadah tersebut bagi pihaknya? Rasulullah SAW menjawab: Ya”.

(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Pelaksanaan Dan Syarat Badal Haji

Untuk melaksanakan badal haji, terdapat beberapa syarat badal Haji yang perlu dipatuhi oleh pihak yang ingin mengupah (waris) dan pelaksana badal haji itu sendiri.

Pertama: Al-Ihjaj

Antara sebab/ perkara yang membolehkan Badal Haji dilaksanakan oleh wakil/ pihak tertentu berdasarkan syarak, adalah:

  1. Meninggal dunia
  2. Keuzuran (faktor usia, kecacatan fizikal, etc)
Warga Emas Uzur Menunaikan Haji
Foto Kredit: malaysiaaktif.my

Kedua: Pelaksana Badal Haji

Terdapat syarat badal Haji yang perlu dipatuhi oleh pelaksana badal haji sebelum menerima upah tersebut, iaitu:

  • Pelaksana badal telahpun/ pernah menunaikan ibadah haji untuk diri sendiri. Sekiranya pelaksana badal tersebut belum pernah mengerjakan haji, maka ibadah tersebut dianggap dilakukan untuk dirinya sendiri tanpa mewakili orang yang diupah.

Ketetapan syarat pelaksana badal haji ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah yang bermaksud:

“Nabi Muhammad SAW telah mendengar seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, bolehkan aku menunaikan ibadah haji bagi Syubrumah? Rasulullah SAW bertanya: Siapakah Syubrumah? Lelaki itu menjawab: Dia adalah saudaraku atau salah seorang daripada kaum kerabatku. Rasulullah SAW bertanya lagi: Adakah kamu pernah menunaikan haji? Lelaki itu menjawab: Tidak. Maka Rasulullah SAW bersabda: Tunaikanlah haji bagi dirimu terlebih dahulu, kemudian barulah kamu tunaikan haji bagi Syubrumah”.

 

Ketiga: Syarat Sah Badal Haji

  1. Mendapatkan keizinan daripada individu yang tidak mampu melaksanakan ibadah haji (jika masih hidup).
  2. Kos perbelanjaan ataupun upah badal haji terbahagi kepada dua iaitu:
    • Sekiranya individu tersebut masih hidup, kos perbelanjaan badal haji tersebut diambil daripada hartanya;
    • sekiranya telah meninggal dunia, kos upah tersebut boleh diambil daripada harta peninggalan arwah.

Akan tetapi, sekiranya individu ataupun si mati tidak mempunyai sebarang harta, maka waris individu atau si mati boleh melakukan badal haji berdasarkan panduan yang diberikan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab karangan beliau, Raudhatul Talibin iaitu:

  • Anak-anak, cucu-cucu ataupun mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan boleh memberi bantuan kewangan dalam bentuk upah menunaikan badal haji.
  • Anak-anak, cucu-cucu ataupun mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan boleh menunaikan sendiri badal haji tersebut dengan syarat:
  • Pernah menunaikan haji
  • Ditunaikan oleh mereka yang boleh dipercayai mengikut hukum syarak
  • Tidak ada halangan untuk melaksanakan ibadah haji.
  1. Berniat menunaikan haji bagi si mati ataupun individu yang tidak mampu melaksanakan ibadah tersebut.
  2. Badal haji perlu dilakukan oleh penerima upah itu sendiri (akad Ijarah ‘Ainiyyah). Walau bagaimanapun, jika penerima upah tersebut mempunyai halangan untuk melaksanakan ibadah tersebut, maka dia boleh mewakilkan badal haji tersebut kepada individu lain dengan syarat:
    • Mendapat keizinan pengupah; ATAU
    • Pengupah melafazkan akad secara umum.
Miqat
Foto Kredit: daurahmanasik.blogspot.com
  1. Pelaksana badal haji perlu bermiqat dari miqat pihak yang diwakilkan ataupun si mati.
  2. Hanya satu upah badal haji sahaja yang boleh diterima oleh pelaksana badal haji bagi setiap musim / Pelaksana badal haji hanya boleh menerima satu upah badal sahaja untuk setiap musim haji.
  3. Pelaksana badal haji tidak boleh melakukan sebarang perbuatan yang boleh membatalkan ibadah haji tersebut seperti bersetubuh sebelum tahalul pertama. Sekiranya ibadah tersebut terbatal, maka pelaksana badal perlu menqadhakan ibadah haji tersebut.
  4. Mengerjakan badal umrah setelah selesai badal haji dalam musim yang sama.

Keempat: Akad (Ijab dan Qabul)

Ijab dan qabul ini dilakukan sebagai salah satu persetujuan di antara bakal pelaksana dengan pihak yang diwakilkan dan merupakan salah satu syarat badal haji yang wajib dipatuhi.

Waris si mati atau pihak yang mewakilkan:

“Aku mewakilkan engkau untuk mengerjakan fardhu haji bagi diriku/ ibuku /bapaku/ anakku pada tahun ini kerana Allah Taala”.

 

Pelaksana badal haji:

“Aku terima wakil untuk mengerjakan fardhu haji bagi dirimu/ ibumu /bapamu/ anakmu pada tahun ini kerana Allah Taala”.

*** Pelaksana juga boleh menjawab akad tersebut dengan ucapan “Aku terima” sahaja.

Hikmah Badal Haji Kepada Umat Islam

Dalam setiap ibadah yang dilakukan pastinya Allah datangkan bersamanya hikmah, begitu juga dengan badal haji. Di antara salah satu hikmah yang dapat kita ambil dari pelaksanaan badal haji ini adalah Allah masih memberi peluang kepada anak-anak untuk berbakti kepada orang tua mereka dengan menyempurnakan ibadah haji yang tidak sempat dilaksanakan ketika masih hidup di dunia. Oleh yang demikian, terimalah tanggungjawab ini dengan berlapang dada.

44 thoughts on “Pengenalan, Hukum dan Syarat Badal Haji”

  1. Fathiah Badri

    Assalamualaikum. Adakah perlu / harus waris mengupah wakil untuk mengerjakan badal haji setiap tahun bg arwah bapanya? Mohon pencerahan, terima kasih.

    1. waalaikumsalam w,t,b

      Hukum waris mengupah wakil untuk mengerjakan badal haji bagi ahli keluagra yang belum megerjakan Haji sewaktu hayat hidupnya adalah wajib sekali sahaja, adapun mengulanginya utk kali kedua dan seterusnya adalah harus.

  2. Aslkm, perlaksana badal haji mesti yg sudah pernah buat haji untuk diri sendiri – saya faham. Soalan saya, Jikalau perlaksana itu membadalkan haji seseorang masih boleh kah dia buat haji untuk diri sendiri lagi sekali?

    1. walaikumsalam wrt,
      sekiranya kita pergi menunaikan haji dengan niat badal haji kepada seseorang, kita juga akan dapat pahala yang sama dan setimpal tanpa kita perlu niat untuk melakukan haji pada waktu yang sama. Untuk penjelasan dan maklumat tentang haji boleh terus rujuk dan hubungi ustaz Akim di 0178202010. Terima kasih.

  3. Assalamualaikum..tumpang tanya..sebelum buat badal haji untuk arwah bapa saya, adakah perlu khatam alquran terlebih dahulu untuk si arwah? mohon penjelasan yg arif..

    1. waalaikum salam wrt cik syikin,
      Tidak menjadi syarat sah mahupun rukun pada badal haji untuk mengkhatamkan al Quran terlebih dahulu. Untuk membuat badal haji atau umrah boleh terus hubungi Ust Akim di 0178202010, semoga menjawab soalan.

  4. ada yg mengatakan bahagwa haji badal ni hanya dilakukan pada musim haji..Tolong berikan keterangan

    1. salam tuan asmadi,
      benar tuan, badal haji merupakan ibadah haji yang kita lakukan untuk menggantikan bagi orang yang telah meninggal dunia tanpa sempat menunaikan haji pada hayatnya juga kepada yang masih hidup tetapi sudah terlalu uzur. jadi, badal haji hanya dapat di buat pada musim haji iaitu sekali setahun sahaja, untuk buat badal haji boleh terus hubungi ust Akim di 0178202010. semoga menjawab soalan.

  5. Hasnah Binti Harun

    Salam, boleh kah sy upah badal haji utk arwah bapa sy sedangkan sy sendiri belum berpeluang menunaikan haji.
    T.kasih utk jawapan tuan.

  6. Rosenani sidek

    Salam anak perempuan boleh atau tidak mengupah utk badal haji sedangkn anak lelaki masih ada.. Mohon pencerahan

    1. walaikumsalam roseenani sidek, anak perempuan atau lelaki mahupun saudara mara ataupun rakan taulan boleh membadalkan haji atau umrah. dengan syarat org yang dibadalkan haji tersebut sudah meninggal dunia atau masih hidup tetapi tidak akan mampu menunaikannya dengan sebab faktor kesihatan mahupun kewangan. sila hubungi saya untuk bantu lakukan badal haji atau umrah di 017 8202010 atau klik di sini https://cutiumrah.wasap.my

  7. Assalamualikum,

    Boleh kah mengupah badal haji kepada arwah bapa sekiranya arwah belum menunaikan umrah di masa hayatnya?

  8. Salam..
    Ingin bertanya..bolehkah sy untuk upah haji utk tok ki sedangkan anaknya (bapa) masih lagi hidup..

  9. Assalamualaikum,
    Sy nk tnya..kalau kita telah selesai buat Badal haji bagi org yg dh meninggal dunia..bolehkah kita letakkan gelaran haji tu d batu nisan milik si mati? Mohon pencerahan

  10. Assalamualaikum. Sekadar bertanya, adakah wajib bagi mereka yang telah meninggal dunia pada usia sebelum baligh atau masih bayi perlu dilaksanakan badal haji?

  11. Nabillah binti kamarodzaman

    Assalamualaikum
    Saya ingin bertanya, sekiranya sy lakukan badal haji untuk arwah ayah dan selepas selesai ibadah itu beliau mendapat gelaran haji juga sepertimana haji wajib.

  12. bolehkah saya membuat badal haji arwah ayah menggunakan harta peninggalan arwah ibu saya kerana arwah ayah tidak meninggalkan harta.

  13. Anuar Bin mohamad

    Sekiranya duit epf abg yang telah meninggal, telah di faraidkan ,apakah maaih harus di lakukan badal haji?kalau tak buat badal haji untuk si arwah adalah tidak mengapa?sekiranya saya berniat mewakafkan al quran adakah itu memadai?

  14. fauzi bin adam

    assalam..perlu tak selesaikan masalah simati dahulu seperti hutang piutang sebelum upah haji

  15. Betul ke baby yang meninggal dunia umur sebulan juga kena upab haji? Mohon perjelasan. Terima kasih

  16. Assalamualaikum, saya nak bertanya sekiranya pembadal haji mewakilkan badal haji kepada orang lain tanpa pengetahuan pengupah, sah ataupun tidak badal haji tersebut? Mohon sedikit pencerahan..

  17. Assalamualaikum, ibu saya sudah meninggal dunia dan sudah menunaikan haji. Bolehkah/perlukah dilaksanakan upah haji utk arwah ibu saya?

  18. Zulkefli Ahad

    Assalammualaikum.. saya ingin bertanya.. siapa yg lebih ardal mengupah orang atau syarikat membuat bidal haji.. anak, cucu, adil beradik atau sedara mara.?. T
    Kasih
    .

  19. INTAN SURIANI BINTI RAMLI

    Assalamualaikum..blehkah semasa Kita mengerjakan umrah/Haji..Kita niat badal Haji/umrah untuk arwah sekali..walaupun itu adalah ibadah Haji/umrah yg pertama Kita..

  20. Nur Azureen

    Salam wbt,

    Saya ada sebuah pertanyaan. Ayah saya sudah meninggal dunia, jika dilakukan badal haji ke atas nya oleh waris, adakah arwah ayah saya layak menerima gelaran haji tersebut? Adakah dibolehkan gelaran haji ke atas nama arwah? Contoh nya diletakkan/digelar Haji dihadapan nama arwah jika kita menyebut nya? Saya difahamkan ia nya dibolehkan sekira gelaran tersebut dapat memberi impresi, atau tanggapan yang elok. Sekira saya ingin menggunakan gelaran Haji tersebut kedalam nama arwah, adakah ia layak atau sebaliknya selepas badal haji? Mohon pencerahan.

  21. Lily Kasmina

    Salam, saya ada pertanyaan.

    1. Sekiranya badal haji dibuat menggunakan hutang yang ingin dibayar (penghutang ingin melangsaikan hutang dengan cara membuat badal haji untuk ayah), adakah dibolehkan ?
    2. Bolehkah badal haji ayah dibuat oleh adik beradik ayah menggunakan hutang (cara di atas) tanpa pengetahuan waris simati ?

    1. Waalaikumusalam puan lily, berkaitan dengan soalan puan,

      1) Kita mesti tahu berapa kadar hutang yang dilakukan dengan orang yang berhutang dengan pemiutang. Kadar hutang yang dibayar hendaklah sama dengan kadar yang dipinjam.
      Sebagai contoh, jika orang itu berhutang sebanyak rm10.000, maka, perlu dibayar dengan jumlah yang sama iaitu rm10.000.
      2) Tak boleh, waris simati harus tahu tentang hutang tersebut.

  22. Assalamualaikum,saya ingin bertanya..
    adakah kita hanya boleh melakukan badal haji untuk arwah abah hanya sekali atau jika ada anak lain yang ingin melakukan lagi untuk arwah,boleh kah

  23. NOLI BINTI MUSTAFFA

    Assalamualaikum ustaz… arwah ayah saya semasa hidup nye tak berkemampuan untuk pergi haji.dia tak mampu dan buta..tp selepas dia mnggal ..ada tinggal duit sikit..kiraan dlm 6k..wajib atau tidak kami ank² buat badal haji tu keatas arwah ayah kami.. macmne dgn kebajikan waris yg ditinggalkan..mana yg kami patut dulu kan..mohon pencerahan..

  24. Seperti soalan di atas, Ayah saya sudah meninggal dunia, jika dilakukan badal haji ke atas nya oleh waris, adakah arwah ayah saya layak menerima gelaran haji tersebut? Adakah dibolehkan gelaran haji ke atas nama arwah? Contoh nya diletakkan/digelar Haji dihadapan nama arwah jika kita menyebut nya?

  25. LILY KISMINA

    Assalammualaikum, saya ada soalan yang ingin diajukan.

    1. Si mati mempunyai nilai wang yang mencukupi untuk waris membuat badal haji. Tetapi anak si mati ingin membuat badal haji untuk ayahnya tanpa menyentuh harta (wang) si mati. Adakah dibolehkan ?

    2. Bolehkah harta si mati digunakan untuk perbelanjaan tanggungan dan tidak digunakan untuk membuat badal haji walaupun wang si mati mencukupi untuk membuat badal haji ?

  26. Salam, saya ada pertanyaan.

    1. Bolehkah anak buat badal haji untuk ayah tanpa ingin menggunakan harta peninggalan si mati ? Bermaksud ayah meninggal pada tahun 2021, anak tunaikan haji pada 2050 dan akan buat badal haji untuk ayah pada tahun 2051.

    2. Bolehkah badal haji si mati ditangguhkan dahulu sekiranya si mati mempunyai tanggungan ? Bermaksud harta peninggalan si mati cukup untuk waris membuat badal haji tetapi digunakan oleh waris untuk menampung kos tanggungan yang masih hidup.

    3. Apakah hukum jika tidak melaksanakan badal haji untuk si mati walaupun hartanya mencukupi disebabkan anak si mati ingin membuat badal haji untuk si mati menggunakan wang sendiri ? (Mungkin makan masa beberapa tahun lagi untuk anak buat badal haji untuk ayahnya)

  27. Assalamualaikum,
    Saya ada pertanyaan, adakah badal haji si mati boleh terbatal jika upah badal haji digantikan dan dibayar selain dari harta si mati?

  28. sekiranya waris si mati ingin mengupah seseorang untuk melaksanakan upah haji bagi pihak ibunya, bolehkah si waris menggunakan duitnya sendiri untuk membayar upah itu?

  29. salam saya ingin bertanya berkenaan badal haji untuk ayah saya yg telah meninggal dunia.ayah saya tidak meninggalkan harta serta duit,bolehkah kami adik beradik kumpul duit utk buat badal haji utk dia,adakah sah badal haji yg kan di buat,kami adik beradik masih belum menunaikan haji,minta pencerahan

  30. assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan badal umrah. adakah ketika niat ihram di miqat kita perlu niatkan untuk diri sendiri dan untuk arwah yg kita ingin lakukan badal umrah terhadapnya. atau sekiranya hanya boleh satu niat shj iaitu untuk diri sendiri & pada waktu bilakah untuk kita niat pada si fulan tersebut

  31. Assalam,

    Bolehkan seorang anak menaja sepenuhnya urusan badal haji arwah ayahnya sebagai sedekah jariah dengan mendapat persetujuan daripada adik-beradik yang lain walaupun ada harta peninggalan simati yang cukup untuk membiayai kos badal haji tersebut.

    Terima kasih.

  32. salam.boleh tak seseorang yang telah menunaikan ibadah haji untuk diri nya sendiri kemudian menggunakan wang nya sendiri untuk mengupah badal haji untuk emak saudara nya yang tiada anak. tanpa mengambil kira si mati ada harta peninggalan atau tidak?

  33. NOOR HASLIZA

    Salam wbt,

    Saya ada sebuah pertanyaan. Ayah saya sudah meninggal dunia, jika dilakukan badal haji ke atas nya oleh waris, adakah arwah ayah saya layak menerima gelaran haji tersebut? Adakah dibolehkan gelaran haji ke atas nama arwah? Contoh nya diletakkan/digelar Haji dihadapan nama arwah jika kita menyebut nya? Saya difahamkan ia nya dibolehkan sekira gelaran tersebut dapat memberi impresi, atau tanggapan yang elok. Sekira saya ingin menggunakan gelaran Haji tersebut kedalam nama arwah, adakah ia layak atau sebaliknya selepas badal haji? Mohon pencerahan.

  34. Salam tuan, hukum badal haji untuk OKU syndrome down yg telah meninggal dunia. T.kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *