Ketika mengerjakan ibadah umrah, mesti para jemaah tidak ingin berlaku sebarang masalah lebih-lebih berkaitan dengan pakaian. Sekarang trend khimar dan baju set chifon selalu dipasarkan sebagai pakaian umrah bagi wanita di Malaysia. Justeru itu, para jemaah mesti pening dengan baju yang banyak kerenah menyebabkan berlakunya ketidakselesaan? Jom baca tips di bawah!

Kepada yang baru pertama kali menerima panggilan dan jemputan ke tanah suci, kadangkala pemilihan pakaian bukan di antara kebimbangan pertama yang ditekankan. Tetapi khusus untuk perempuan, sebenarnya pemilihan pakaian sesuai adalah amat penting untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan ketika melakukan ibadah umrah atau haji di sana.
Panduan Pemilihan Pakaian Umrah Bagi Wanita
Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk pemilihan pakaian umrah bagi wanita yang sesuai dibawa ke tanah suci. Dingatkan jangan termakan dengan pemasaran produk yang dijual, atas sebab ianya langsung tidak sesuai dengan kondisi badan anda untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah. Maka, baca tips ini hingga habis, InsyaAllah tidak akan pening kepala dan anda boleh fokus untuk mengerjakan ibadah dengan yakin, tenang dan selesa.
-
Pemilihan Jubah (Selesa Beribadah)
Sebaiknya, jubah yang dibawa selesa dipakai, tidak meleret dan tidak terlalu nipis atau tebal. Di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sebenarnya sangat sejuk kerana dipasang penghawa dingin, jadi sebaiknya pakai baju yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Elakkan membawa ‘cardigan’ atau jaket kerana ini akan membataskan pergerakan kita dan menyusahkan proses mengambil wudhu. Malahan di Masjidil Haram khususnya, agak sukar untuk mengambil wudhu kerana lokasi tandas dan tempat ambil wudhu yang terletak jauh di luar masjid. Sebaiknya, pilih baju yang sedia wudhu-friendly supaya kita boleh mengambil wudhu menggunakan air yang dibawa di dalam botol.
-
Jubah Seluar Memudahkan Pergerakan Ke Tempat Bersejarah
Disarankan membawa sekurang-kurangnya satu atau dua pasang jubah seluar atau jubah ‘cardigan’ yang boleh dipakai bersama seluar di dalam. Ketika di bumi Mekah dan Madinah, para jemaah akan dibawa ke kawasan bukit seperti Bukit Uhud dan Jabal Rahmah. Semestinya jemaah ingin menaiki bukit tersebut untuk menghayati sejarahnya. Dalam konteks ini, pakailah jubah seluar untuk memudahkan pergerakan dan menjaga aurat ketika mendaki bukit. Kalau ingin memakai jubah biasa, pastikan seluar yang dipakai di dalam tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan.
-
Tudung Sarung “‘ Instant’ Pelbagai Gaya
Hal ini, antara keputusan yang paling baik dalam pemilihan hijab umrah. Hijab yang boleh dipakai sebagai telekung dan juga tudung amat memudahkan bagi golongan wanita. Bawalah tudung sebegini ketika menunaikan umrah ataupun tudung yang memerlukan minimum ironing dan jika dilipat dengan kemas, tidak memerlukan iron. Kadangkala terdapat sesetengah jemaah wanita yang berkeras ingin memakai shawl ketika ziarah luar, pening dengan keadaan surau yang tiada cermin kerana terpaksa menanggalkan shawl, memakai telekung, dan kemudian memakai shawl semula. Diingatkan Shawl merupakan jenis yang berbelit-belit, dan bukan jenis yang senang dipakai!
Hal ini disebabkan ingin memelihara wudhu, dan tudung yang dipakai dibawa terus untuk bersolat, terutamanya ketika berhenti untuk berniat di miqat. Jika perlu ambil wudhu sekalipun, tudung yang dibawa haruslah senang dibuka dan dipakai semula, kerana kadangkala digesa oleh pihak pengurusan untuk cepat di atas kekangan waktu atau mengejar waktu solat fardhu di masjid.
-
Pakaian Kurang Iron Atau Anti Iron
Masa yang terluang semestinya kita ingin mengisinya dengan beribadah, bukannya dengan seterika dan tudung dan baju yang sukar di-iron! Walaupun khimar amat digemari untuk dipakai di sana, material yang biasa digunakan untuk membuat khimar sangat tidak iron-friendly dan kadangkala akan memakan masa sebanyak setengah jam untuk diseterika. memang nampak flowy, sweet dan anggun, tetapi jika tak diseterika dengan betul, menampakkan semacam longgokan kain yang berkedut-kedut! Ketika menunaikan umrah, badan kita akan penat dengan tawaf dan saie, ditambah pula dengan tidur yang tidak cukup kerana ingin mengejar masa di masjid untuk beribadah. Masa yang terluang biasanya digunakan untuk berehat secukupnya. Stressnya jika masa berehat kita diambil dengan keperluan untuk iron baju!
-
Pakaian Yang Tidak Berat ‘Lightweight Clothes’
Biasanya, setiap jemaah diberi had sebanyak 30kg untuk mengisi bagasi. Mungkin para jemaah tidak berniat untuk membeli-belah ketika di tanah suci, tetapi semestinya kita ingin membeli beberapa hadiah buat insan-insan tersayang di tanah air. Tambahan lagi, baju yang dibawa juga haruslah agak ringan, dan tidak terlalu tebal sehingga beg yang dibawa menjadi berat. Hal ini akan menyukarkan kita untuk bergerak, dan kita juga tidak akan dapat mengisi beg dengan pelbagai hadiah seperti kurma dan air zam-zam.
Setakat ini sahaja tips yang kami dapat kongsikan untuk pemilihan pakaian umrah bagi wanita. InsyaAllah dengan persediaan awal dari semua aspek dapat membantu jemaah terutamanya wanita dalam menunaikan Ibadah Umrah. Sekiranya ada yang ingin berkongsi tips dan pengalaman mengerjakan umrah boleh komen di bawah untuk perkongsian jemaah lain.