Rukun umrah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh jemaah semasa menunaikan ibadah umrah.
Jika tertinggal satu rukun umrah ataupun tidak dilakukan mengikut syarat-syarat yang tertentu, maka umrah itu dikira tidak sah.
Oleh itu, rukun umrah amatlah penting untuk dijaga atau diperhatikan. Untuk penerangan berkaitan rukun umrah, anda boleh teruskan membaca artikel ini.
Pandangan Ijma’ Ulama’ berkaitan Umrah
Menurut pandangan Ijma’ Ulama’, ibadah umrah hanya wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi orang yang berkemampuan.
Kecuali bagi orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya untuk menunaikan umrah.
Tahukah Anda tentang Rukun Umrah?
Tahukah anda? Jika anda melakukan ibadah umrah tanpa rukun yang cukup, umrah anda dikira tidak sah. Oleh itu, anda perlu peka tentang rukun umrah.
Berikut adalah 5 rukun umrah yang wajib anda tahu beserta penerangan yang ringkas.
1. Niat Ihram
Perkara yang paling wajib semasa anda menunaikan umrah adalah niat. Jika anda terlupa untuk niat secara sengaja ataupun tidak, maka, umrah ada dikira tidak sah.
Tempat yang paling afdal untuk niat adalah berniat di Miqat. Antara tempat-tempat Miqat adalah:
-
Yalamlam
Lokasi miqat untuk jemaah yang datang dari arah Yaman dan Asia.
-
Bir Ali atau Zul Hulaifah
Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Madinah dengan menaiki bas, kereta dan sebagainya.
-
Al-Juhfah
Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.
-
Zatu Irqin
Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Iraq dan sama arah dengannya.
-
Qarnul Manazil
Lokasi bagi jemaah yang datang dari arah Najd, Kuwait dan jemaah Malaysia. Lokasi ini juga bagi jemaah Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang.
Lafaz niat umrah:
نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لله تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.
2. Tawaf
Tawaf adalah rukun kedua selepas niat. Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali pusingan dengan syarat-syarat tertentu.
Disunatkan membaca doa apabila melihat Kaabah.
Lafaz niat tawaf umrah:
آللَّهُمَّ إِنِّى أُرِيدٌ طَوَفَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْعُمْرَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.
Tawaf mempunyai syarat yang wajib dilakukan semasa menunaikan umrah. Antara syarat-syarat tawaf adalah:
1. Menutup aurat,
2. Suci daripada berhadas,
3. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf,
4. Tawaf bermula pada sudut Hajarul Aswad,
5. Semasa tawaf, Kaabah hendaklah berada disebelah bahu kiri jemaah,
6. Berjalan mengelilingi Baitullah dengan tujuan tawaf disertakan niat ibadah,
7. Cukup 7 kali keliling dengan yakin,
8. Dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah.
3. Sai’e
Sai’e bermaksud berlari anak ataupun berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dengan Marwah sebanyak 7 kali pusingan.
Lafaz niat sai’e umrah:
Maksudnya: “Sahaja aku berniat sai’e umrah antara Safa dan Marwah tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
Sai’e juga mempunyai syarat wajib semasa menunaikan umrah. Antara syarat-syarat sai’e adalah:
1. Hendaklah dilakukan selepas Tawaf,
2. Sai’e bermula dari bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah,
3. Dilakukan sebanyak tujuh kali dengan sempurna,
4. Sai’e dilakukan dengan niat ibadah dan mengekalkannya sepanjang masa melakukan sai’e,
5. Sai’e di tempat yang ditentukan.
4. Tahallul
Selepas selesai melakukan sai’e, jemaah perlu bertahallul iaitu bergunting atau bercukur.
Untuk apa tujuan bertahallul? Ia bertujuan untuk melepaskan diri daripada pantang larang semasa ihram.
Jemaah hendaklah menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Bagi lelaki, afdal untuk bercukur kesemua rambut.
Bagi jemaah yang botak, sunat melalukan mata pisau di atas kepala.
Selepas siap bercukur, maka anda terlepas daripada pantang larang dalam ihram umrah.
5. Tertib
Tertib adalah rukun terakhir dalam rukun umrah. Ia hendaklah dilakukan mengikut turutan bermula dari niat, tawaf, sai’e, bercukur dan bergunting.
Jika tidak mengikut tertib, maka umrah dikira tidak sah.
Moga dengan perkongsian ini, dapat memberi kefahaman berkaitan dengan rukun umrah kepada para jemaah.
Sebarang pertanyaan, boleh berurusan terus kepada kami di Cuti Umrah. Kami sedia berkhidmat untuk anda.
Tunaikan Umrah bersama Cuti Umrah
Adakah anda mencari travel agensi untuk membawa anda menunaikan umrah? Daftarkan diri anda bersama Cuti Umrah.
Dengan harga pakej umrah rendah bermula dari RM6,788, anda dapat menunaikan umrah di Tanah Suci.
Setiap perjalanan dan pergerakan para jemaah telah kami aturkan dan sesuai mengikut bajet anda.
Pengurusan visa umrah akan diuruskan sepenuhnya oleh ejen berpengalaman. Selain itu, kami turut menyediakan insurans dan perlindungan takaful bagi memastikan keselamatan anda terjamin.
Jadi, apa tunggu lagi, daftarlah sekarang.
assalamualaikum tuan. saya ingin tahu, jika jemmah dari Brunei boleh ikut serta dengan rombongan ini.