Sebelum anda pergi menunaikan umrah, mesti anda terfikir hal-hal yang berkaitan dengan visa umrah.
Jangan risau, anda beruntung kerana kebanyakan pakej umrah yang ada di Malaysia telah menguruskan semua hal berkaitan dengan visa umrah sekaligus ia menyenangkan perjalanan anda ke sana.
Jadi, kami dari Cuti Umrah ingin memberi penerangan yang ringkas berkaitan dengan visa umrah dan cara memohon visa.
Tips Mudah Cara Mohon Visa Umrah secara Online
Visa Umrah merupakan satu dokumen rasmi beri izin untuk tinggal di Arab Saudi yang berkeperluan hanya untuk menunaikan umrah.
Ia dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi (KBSA) kepada sesebuah negara.
Untuk pengetahuan anda, Malaysia adalah salah satu negara daripada 35 buah negara yang dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk memohon e-visa.
Sesiapa yang menyalahgunakan kebenaran visa, akan dikenakan hukuman termasuk pihak yang mengeluarkan visa tersebut.
Jadi, hati-hati dan jangan salah guna visa yang dipohon.
Apa itu e-Visa Arab Saudi
e-Visa Arab Saudi adalah satu portal dalam talian yang pantas dan mudah digunakan bagi pelawat antarabangsa untuk memohon e-Visa.
Ia meliputi aktiviti berkaitan pelancongan dan Umrah.
e-Visa Arab Saudi tidak termasuk musim haji dan aktiviti pembelajaran.
Maklumat tentang e-Visa Arab Saudi
Berikut merupakan beberapa maklumat mengenai Visa Arab Saudi:
1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan di https://visa.visitsaudi.com/
2. Semua pemohon boleh melawat – bukan beragama Islam tidak dibenarkan masuk ke Makkah dan Madinah.
3. Tidak memerlukan mahram.
4. Boleh membuat urusan dengan aturan tersendiri.
5. Tidak memerlukan maklumat penerbangan.
6. Tempoh sah selama setahun sahaja.
7. Kemasukan berulang sepanjang setahun.
8. Had jangka waktu berada di Arab Saudi 90 hari.
9. Terbuka untuk sendiri atau berkumpulan.
10. Had usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab.
Cara Daftar e-Visa Arab Saudi secara Online
Untuk membuat permohonan e-Visa, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu seperti berikut:
1. Layari pautan e-Visa: https://visa.visitsaudi.com/
2. Daftar log masuk akaun anda
Secure web – verification code dan had masa.
3. Pastikan gambar jelas meliputi:
- Latar belakang berwarna putih
- Gambar berukuran passport
- Format gambar adalah JPEG.
4. Lengkapkan maklumat peribadi dan passport dengan lengkap.
5. Masukkan maklumat tarikh jangkaan ketibaan
6. Tujuan visa boleh dipilih, sama ada untuk melancong ataupun umrah.
7. Lengkapkan maklumat menetap di Saudi seperti hotel atau residential.
8. Masukkan maklumat Insurans perubatan
9. Baca terma dan syarat yang tertera dan semak permohonan
10. Buat pembayaran melalui kad debit atau kad kredit
11. Tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan.
Cara Permohonan e-Visa Arab Saudi secara Online
Terdapat 4 langkah mudah untuk memohon visa:
1. Isikan maklumat diri anda. Anda juga perlu memilih masa pemprosesan dari pilihan yang dinyatakan.
2. Pastikan anda membuat semakan maklumat diri terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
3. Yang terakhir adalah soal selidik dan muat naik gambar. Anda perlu memuat naik imbasan passport anda.
4. Dokumen-dokumen lain bergantung kepada keadaan peribadi.
Berapa lama tempoh pengeluaran Visa
Tempoh pengeluaran visa adalah sehari hingga empat minggu selepas permohonan dibuat.
Apa itu Visa Ziarah
Visa ziarah adalah visa yang memberi kemudahan kepada pelancong untuk melancong dengan bebas tanpa terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Selain itu, harga visa ziarah adalah lebih murah berbanding dengan visa umrah.
Oleh kerana itu, ramai orang memilih visa ziarah untuk menunaikan umrah berbanding dengan visa umrah.
Perbezaan antara Visa Umrah dan Visa Ziarah
Antara perbezaan antara visa umrah dan visa ziarah adalah:
1. Atur Cara Perjalanan
Visa Umrah: Perjalanan diatur dan dikendali oleh ejen pelancongan Arab Saudi (Muassasah).
Visa Ziarah: Pelawat bebas membuat kunjungan ke mana-mana tempat berdasarkan peraturan terkini.
2. Solat Lima Waktu di Masjidil Haram, Ziarah Makam Nabi dan Solat di Raudah di Masjid Nabawi
Visa Umrah: Sekurang-kurangnya satu slot diaturkan terlebih dahulu. Boleh menempah lebih banyak slot menerusi aplikasi Etamarna.
Visa Ziarah: Tiada slot diaturkan. Jemaah perlu membuat tempahan sendiri menerusi aplikasi Etamarna.
3. Keperluan Mahram
Visa Umrah: Memerlukan mahram (bagi wanita).
Visa Ziarah: Tidak memerlukan mahram.
4. Tempoh Sah Visa
Visa Umrah: Tempoh sah visa 30 hari.
Visa Ziarah: Tempoh sah visa 360 hari; setiap lawatan dihadkan 90 hari.
5. Tujuan Visa
Visa Umrah: Hanya untuk umrah sahaja.
Visa Ziarah: Boleh digunakan untuk umrah dan lain-lain
Jadi, anda dah tahu perbezaan visa umrah dan visa pelancong? Fikir dulu sebelum membuat keputusan.
Jika anda menggunakan servis ejen pelancongan, pastikan maklumat itu betul untuk mengelakkan permasalahan berlaku.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Cuti Umrah dan bertanyakan terus jika ada sebarang pertanyaan.
Jom Umrah bersama Kami
Sedang mencari pakej umrah yang berbaloi? Daftarkan diri anda bersama Cuti Umrah.
Harga pakej umrah sofwah yang rendah bermula dari RM6,788.
Pengurusan visa umrah diuruskan sepenuhnya oleh ejen berpengalaman. Hotel 5 bintang atau setaraf akan disediakan khas untuk anda.
Kami juga menyediakan iinsurans dan perlindungan takaful dalam pakej umrah kami untuk memastikan keselamatan anda.
Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang.
Soalan:
Visa sudah siap dibuat tetapi pasport baru perasan tidak cukup tempoh 6 bulan. Jadi, saya renew pasport yang baru. Cumanya,bagaimana dengan perjalanan saya ke Arab Saudi sekiranya visa saya itu dibuat dengan menggunakan pasport yang lama?
Soalan : Adakah terdapat sekatan pada usia bagi memohon visa ziarah (pelancong) contohnya pemohon yang berusia 18 tahun kebawah..
boleh uruskan visa ziarah kami 2org.0173445187
salam…..saya bercadang utk buat umrah pd bulan Ramdhan ni…
saya nk tanya apakah perlu dos ke3 bg seseorang yg mendapat dos Shimovac