panduan umrah

Panduan Menunaikan Umrah

Sudahkah anda pelajari panduan-panduan menunaikan umrah? Jika belum, inilah masanya untuk anda belajar tentang panduan menunaikan umrah bersama Cuti Umrah.
Panduan ini dibuat untuk mengetahui pemakaian ihram bagi jemaah umrah dan pantang larang semasa menunaikan umrah.
Untuk tahu lebih lanjut, boleh teruskan membaca artikel ini.

 

Apa itu pakaian ihram?

Pakaian ihram adalah pakaian yang wajib dipakai oleh jemaah haji atau umrah semasa menunaikan ibadah.

Pakaian ihram mestilah pakaian yang suci dan sunnahnya berwarna putih.

 

Perkara sunnah sebelum memakai ihram

Antara perkara sunnah yang digalakkan sebelum memakai ihram adalah mandi dan berwudhu’.

 

Pakaian ihram bagi jemaah lelaki dan perempuan

Perbezaan antara pakaian ihram lelaki dan perempuan adalah:

1. Pakaian ihram bagi lelaki

  • Dua helai kain putih.
  • Tali pinggang adalah bebas.
  • Tidak memakai pakaian yang berjahit seperti pakaian dalam dan lain-lain.
  • Menutup aurat.

2. Pakaian ihram bagi perempuan

  • Memakai pakaian telekung berwarna putih.
  • Menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan.
  • Tidak boleh berniqab.

Apa itu Miqat?

Miqat adalah tempat dan masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji atau umrah. Ia merupakan perkara wajib haji dan umrah.

Miqat terbahagi kepada 2 iaitu Miqat Zamani dan Miqat Makani.

1. Miqat Zamani

Miqat zamani bagi mengerjakan umrah ialah sepanjang tahun iaitu selain daripada masa berihram haji.

2. Miqat Makani

Miqat Makani merupakan sempadan terakhir bagi seseorang jemaah dari luar kota Mekah berniat ihram umrah atau haji.

Lokasi ini ditentukan mengikut arah jemaah umrah atau haji datang dan masuk ke Tanah Suci.

Antara tempat-tempat miqat adalah:

  • Yalamlam

Lokasi miqat untuk jemaah yang datang dari arah Yaman dan Asia.

  • Bir Ali atau Zul Hulaifah

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Madinah dengan menaiki bas, kereta dan sebagainya.

  • Al-Juhfah

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.

  • Zatu Irqin

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Iraq dan sama arah dengannya.

  • Qarnul Manazil

Lokasi bagi jemaah yang datang dari arah Najd, Kuwait dan jemaah Malaysia. Lokasi ini juga bagi jemaah Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang.

 

Larangan semasa ihram

Ihram merupakan satu daripada perkara wajib haji atau wajib umrah.

Secara umumnya, larangan semasa mengerjakan ihram terbahagi kepada 4 iaitu:

1. Pakaian

  • Tidak boleh memakai pakaian berjahit (lelaki).
  • Tidak boleh menutup kepala (lelaki).
  • Tidak boleh menutup muka (wanita).
  • Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita).

2. Kecantikan (lelaki dan wanita)

  • Tidak boleh memakai wangi-wangian.
  • Tidak boleh menyapu minyak.
  • Tidak boleh menanggalkan rambut.
  • Tidak boleh memotong kuku.

3. Alam sekitar (lelaki dan wanita)

  • Tidak boleh memburu binatang buruan
  • Tidak boleh memotong atau merosakkan tumbuhan

4. Hubungan

  • Berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah
  • Permulaan persetubuhan
  • Persetubuhan suami isteri

Melanggarnya tidaklah membatalkan umrah atau haji tetapi dikenakan dam.

Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan sengaja maka hukumnya berdosa.

 

Apa itu Dam?

Dam adalah denda yang wajib dikenakan kerana melakukan perkara larangan atau meninggalkan perkara yang diwajibkan.

Antara jenis kesalahan dan bayaran fidyah seperti:

1. Melanggar/tidak melakukan rukun haji dan umrah

Bayaran fidyah: 

1. Sembelih 1 ekor kambing, jika tak mampu,

2. Berpuasa selama 10 hari.

3. Sekiranya uzur, wajib beri makan orang miskin selama 10 hari.

 

2. Melakukan hubungan/persetubuhan

Bayaran fidyah:

1. Sembelih 1 ekor unta / 1 lembu / 7 kambing, jika tak mampu,

2. Beri makan orang miskin (ikut kadar harga seekor unta), jika tak mampu,

3. Berpuasa (ikut kadar harga seekor unta).

 

3. Bercukur, memotong kuku, memakai penutup kepala, memakai minyak wangi

Bayaran fidyah: 

1. Sembelih 1 ekor kambing atau 1/7 bahagian unta, jika tak mampu,

2. Beri makan kepada 6 orang miskin, jika tak mampu,

3. Berpuasa selama 3 hari.

 

4. Memburu binatang, cabut pokok

Bayaran fidyah: 

1. Sembelih haiwan yang setimpal dengan apa yang diburu, jika tak mampu,

2. Beri makan kepada orang miskin, jika tak mampu,

3. Berpuasa selama beberapa hari.

 

Macam mana nak dapatkan panduan umrah?

Senang sahaja, untuk mendapatkan panduan yang berkaitan dengan umrah, anda boleh dapatkannya dengan 3 cara, iaitu:

 

1. Menghadiri kursus ibadah umrah yang disediakan

Anda boleh menghadiri kursus ibadah umrah yang disediakan dengan menempah nama dan tarikh yang bersesuaian.

Dengan ada kursus umrah, anda dapat menimba ilmu berkaitan umrah yang dikongsikan oleh ustaz ataupun mutawif yang terlatih dan berpengalaman.

Anda juga boleh bertanya terus kepada ustaz ataupun mutawif jika ada sebarang persoalan berkaitan dengan umrah.

 

2. Dapatkan buku berkaitan umrah di kedai buku ataupun atas talian

Jika anda tidak berkesempatan untuk menghadiri kursus umrah, anda boleh dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan ibadah umrah di kedai buku.

Anda juga boleh mendapatkan buku secara atas talian melalui Shopee.

Dengan membaca, anda akan lebih tahu dan faham dengan mendalam tentang ibadah umrah.

3. Dapatkan panduan umrah penuh melalui PDF

Jika anda tidak berkesempatan untuk membeli buku, anda juga boleh dapatkan panduan umrah penuh melalui PDF yang disediakan di laman sesawang.

Anda juga boleh bertanyakan kepada kami di laman sesawang www.cutiumrah.com, untuk mendapatkan bantuan dan keterangan lanjut berkaitan dengan ibadah umrah.

 

Tunaikan Umrah Bersama Cuti Umrah

Anda berhajat untuk mengerjakan umrah? Pilihlah Cuti Umrah.

Dengan Cuti Umrah, anda akan diiringi oleh mutawif yang berpengalaman dan terlatih.

Selain itu, pengurusan visa umrah juga akan diuruskan sepenuhnya oleh ejen berpengalaman. Hotel 5 bintang atau setaraf akan disediakan khas untuk anda.

Jangan risau, terdapat insurans dan perlindungan takaful dalam pakej umrah yang kami sediakan.

 

Jadi, apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang dan daftarlah sekarang.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *