pakej umrah

Pakej Umrah Terbaik

Hampir setiap tahun, ada sahaja berita tentang penipuan pakej umrah. Pelbagai aspek perlu diberi perhatian supaya terhindar daripada kes penipuan. Tak dapat dinafikan, mencari tawaran pakej umrah yang terbaik boleh menjadi sangat mencabar.
Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips perancangan awal dalam mengerjakan umrah dan cara memilih pakej umrah yang terbaik. Ia bagi memudahkan bakal jemaah membuat persediaan sebelum menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah.
Nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel ini sampai habis.

 

Tips-tips memilih pakej umrah terbaik tahun 2022

Anda tidak tahu untuk pilih pakej umrah yang sesuai dengan anda? Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Makkah, mesti anda mahukan pakej yang terbaik tanpa wujud sebarang masalah yang berlaku.

Macam mana nak dapatkan pakej umrah yang terbaik? Jom baca perkongsian ini.

 

Memulakan perancangan umrah

Sebelum anda mengerjakan Umrah, anda harus memastikan yang anda sudah bersedia dan mula membuat perancangan umrah.

Perancangan yang macam mana? Perancangan disini bermaksud dari aspek wang perbelanjaan. Hal ini kerana, perbelanjaan dalam mengerjakan ibadah umrah melibatkan kos yang sangat besar. Oleh itu, anda perlu membuat jadual dan perancangan dengan teliti.

Antara perancangan yang boleh dibuat sebelum menunaikan umrah adalah:

 

1. Membuat persediaan awal

Anda perlu membuat persediaan awal dengan merancang sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sebelum anda mengerjakan umrah.

Perancangan ini dibuat dengan mencari agensi berdaftar yang menawarkan pakej umrah yang anda mahukan. Selain itu, anda juga perlu merancang kewangan anda supaya cukup sebelum mengerjakan umrah.

Tempoh masa ini membolehkan anda membuat perancangan yang lebih rapi mengikut bajet anda.

 

2. Mengenal pasti proses dan perbelanjaan

Anda perlu kenal pasti jenis perbelanjaan yang bakal anda tanggung sewaktu mengerjakan umrah.

Antara perbelanjaan mengerjakan umrah adalah seperti kos insurans perjalanan, permohonan visa, pengangkutan, hotel dan sebagainya.

Selain itu, anda juga perlu membeli barang keperluan seperti  telekung, stokin, jubah, pakaian ihram dan lain-lain sebagai persediaan awal sebelum menunaikan umrah.

 

3. Dapatkan Itinerari Umrah

Perjalanan mengerjakan umrah mengambil masa sekitar 10 hingga 12 hari. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan salinan jadual perjalanan umrah lengkap.

Dengan adanya jadual, anda dapat mengetahui tempat-tempat yang anda kunjungi sekaligus merancang perjalanan dengan lebih baik.

 

4. Memilih Pakej Mengikut Keperluan

Anda perlu memilih pakej mengikut keperluan dan bajet anda. Elakkan daripada memilih pakej yang anda tidak mampu.

Jika anda mempunyai bajet lebih dan mahukan perjalanan yang lebih selesa, anda boleh memilih pakej yang sesuai mengikut citarasa anda.

 

Cara Memilih Pakej Umrah Terbaik

Berikut merupakan beberapa cara untuk memilih pakej umrah terbaik:

 

1. Memeriksa Rekod Pendaftaran Agensi Umrah

Memilih agensi yang berdaftar adalah perkara yang perlu diberi keutamaan bagi sesiapa yang ingin menggunakan pakej agensi tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang penipuan daripada berlaku.

Syarat ejen pelancongan yang membawa jemaah haji dan umrah adalah mesti berstatus Sdn Bhd dan lesen pelancongan adalah dibawah Agensi Pengembaraan (ticketing) dan Pelancongan Luar Negeri (outbound).

Anda perlu memastikan agensi yang anda pilih mempunyai reputasi yang baik. Pastikan juga agensi tersebut boleh dipercayai dan mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik tanpa sebarang keraguan.

 

2. Mengenal Pasti Servis yang Ditawarkan

Perkara utama yang perlu anda tahu apabila memilih agensi adalah dengan mengenal pasti servis-servis yang ditawarkan.

Periksa dengan teliti semua maklumat dalam pakej yang ditawarkan seperti urusan visa Umrah, urusan penerbangan dan jadual pergi dan balik, pengangkutan dan lain-lain.

 

3. Membuat Perbandingan Pakej Umrah

Setiap agensi menawarkan harga pakej yang berbeza mengikut jenis-jenis pakej yang disediakan.

Oleh itu, anda perlu menyemak agensi umrah berdaftar yang ada di Malaysia ini sebelum membuat keputusan.

Sebagai pengguna yang bijak, anda harus teliti dalam membuat perbandingan antara satu agensi dengan agensi yang lain supaya dapat membuat keputusan dan memilih agensi yang betul mengikut kesesuaian bajet anda.

 

4. Pengurusan Visa

Visa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan kecekapan pihak agensi untuk menguruskannya.

Tanpa visa, anda tidak boleh menunaikan umrah mahupun haji. Oleh itu, pastikan anda memperoleh visa sebelum bergerak ke sana.

Anda boleh memohon visa di laman web https://visa.visitsaudi.com/.

 

5. Perlindungan Insurans dan Takaful

Mana-mana pakej yang anda pilih, pastikan ianya mempunyai perlindungan insurans ataupun takaful.  Ini bagi menjamin keselamatan anda sepanjang keberadaan anda di Tanah Suci.

Oleh itu, pastikan diri anda dilindungi dengan skim insurans sekiranya berdepan kes kecemasan ataupun kematian.

 

Diharapkan perkongsian ini dapat menjadi panduan asas kepada anda dalam memilih pakej umrah terbaik.

 

Jom tunaikan umrah bersama kami

Anda berhasrat untuk menunaikan umrah? Nak dapatkan pakej umrah terkini dengan harga yang berpatutan? Jom daftarkan diri anda bersama kami.

Cuti Umrah memberikan 100% komitmen untuk membantu anda menunaikan umrah dengan tenang.

Kami juga sediakan untuk anda jadual perjalanan telah kami aturkan bagi memudahkan pergerakan anda pergi dan balik.

Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *