umrah 2022

Umrah 2022: Penantian Jemaah Muslim

Umrah tahun 2022 adalah peluang yang amat dinantikan oleh ribuan jemaah Muslim. Setelah hampir 2 tahun negara dilanda wabak penyakit, kini ibadah haji dan umrah berjalan lancar seperti sedia kala.
Ibadah haji dan umrah adalah rukun islam kelima yang wajib disempurnakan oleh individu Muslim. Sebut pasal umrah, adakah anda faham apa sebenarnya ibadah umrah?
Kami dari Cuti Umrah ingin kongsikan tentang pengertian umrah beserta syarat, rukun dan wajib umrah dengan ringkas.
Jom baca artikel ini.

 

Pengertian Umrah serta Dalil Pensyariatan Umrah

Ibadah umrah terbahagi kepada dua, iaitu dari segi bahasa dan syara’.

Umrah dari segi bahasa adalah ziarah ataupun berkunjung ke Baitullah al-Haram.

Bagi syara’ pula adalah menziarahi Ka’bah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T pada bila-bila masa dengan syarat-syarat yang tertentu.

Hukum mengerjakan umrah adalah wajib sekali seumur hidup atas setiap orang Islam.

Firman Allah S.W.T pada Al Quran, dalam surah Al Baqarah, ayat 196:

وَأَتِمُّوا۟ ٱلْحَجَّ وَٱلْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”.

 

Fadhilat Mengerjakan Umrah

Antara fadhilat utama dalam mengerjakan umrah adalah menjadi tetamu Allah dan mendapat kemuliaan disisi-Nya.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, riwayat dari Jarir bin Abdullah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, maksudnya,

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

Beruntung bagi jemaah yang berpeluang untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.

Jadi, gunakan masa ini untuk perbanyakkan amalan dan berdoa kepada Allah S.W.T.

 

Syarat Umrah yang wajib diketahui

Syarat umrah yang wajib diketahui bagi individu Muslim ada 5. Antaranya:

  1. beragama Islam,
  2. berakal,
  3. akil baligh,
  4. merdeka,
  5. berkuasa untuk sampai ke Makkah iaitu berkemampuan.

Bagi individu yang tidak berkemampuan untuk menunaikan umrah adalah tidak diwajibkan.

Ini kerana, syarat kelima dalam rukun Islam adalah bagi yang berkemampuan sahaja.

 

Apa maksud Mampu?

Maksud mampu ada dua, iaitu mampu pada diri sendiri dan mampu dengan bantuan orang lain.

Pertama – mampu pada diri sendiri

Bermaksud secara zahirnya, kita mampu untuk menunaikan ibadah umrah dengan anggota badan tanpa sebarang bantuan.

Dengan syarat, sihat tubuh badan dan cukup perbelanjaan pengangkutan pergi dan balik.

Kedua, berkemampuan dengan bantuan orang lain

Ini disebabkan sakit yang tiada harapan untuk sembuh ataupun uzur ataupun semasa hayatnya mampu menunaikan umrah tetapi tidak sempat kerana meninggal dunia.

Jadi, waris ataupun orang lain boleh menunaikan ‘umrah ganti’ atau badal umrah bagi pihaknya sama ada dengan berbayar atau sukarela.

 

Ada berapa Rukun Umrah

Islam menggariskan lima rukun umrah yang wajib dilakukan semasa melakukan ibadah umrah.

Antaranya adalah niat ihram umrah, tawaf, sai’e, bertahallul dan tertib.

 

Rukun Umrah 1 – Niat Ihram umrah

Niat ihram umrah perlu dilafazkan ketika menunaikan umrah.

Lafaz niat ihram umrah seperti berikut:-

“Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.

 

Rukun Umrah 2 – Tawaf

Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali pusingan dengan syarat-syarat tertentu.

Jika tidak melaksanakan ataupun tidak cukup syarat tawaf,  maka, tawaf yang dilakukan tidak sah.

Antara syarat-syarat sah tawaf adalah seperti mengekalkan niat tawaf, bersih daripada hadas besar dan kecil, sentiasa menutup aurat dan yakin telah melakukan 7 pusingan tawaf dengan sempurna.

 

Rukun Umrah 3 – Sai’e

Sai’e bermaksud berjalan ulang-alik mengelilingi Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan mengikut syarat-syarat sai’e.

Sama seperti tawaf, sai’e juga mempunyai syarat sah. Antaranya, perjalanan sai’e bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan sempurna, sentiasa berniat umrah dan melakukan sai’e ditempat yang telah disediakan.

 

Rukun Umrah 4 – Tahallul

Tahallul bermaksud bebas daripada segala larangan ihram.

Tahallul dilakukan selepas selesai melakukan tawaf dan sai’e dengan sempurna.

Bagi lelaki, gunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut atau lebih afdal bercukur.

 

Rukun Umrah 5 – Tertib

Mengerjakan rukun-rukun umrah mengikut susunan dengan betul.

 

Apa itu Wajib Umrah?

Wajib umrah ada dua perkara, iaitu niat ihram miqat dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram.

Ada yang tanya, apa beza rukun dan wajib umrah? Jangan tersilap tentang dua maksud ini.

Rukun umrah adalah perkara asas yang mesti dilakukan ketika mengerjakan umrah. Jika tidak melakukannya atau sengaja meninggalkannya, maka, ibadah umrah dikira tidak sah.

Manakala, wajib umrah pula adalah perkara-perkara yang wajib dilakukan ketika mengerjakan umrah.

Sekiranya tidak melakukannya atau sengaja meninggalkannya, ia tidak berdosa tetapi dikenakan dam iaitu denda dengan kadar yang telah ditetapkan.

 

Beza Ibadah Haji dan Umrah

Banyak persoalan yang timbul, macam mana nak tahu beza antara haji dan umrah?

Kita dapat bezakan haji dan umrah dengan 2 perkara, iaitu waktu dan wuquf.

1) Waktu

Waktu yang ditetapkan untuk ibadah haji adalah pada 1 Syawal sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Waktu untuk ibadah umrah pula tidak ditetapkan, bebas untuk mengerjakan ibadah umrah pada bila-bila masa sahaja jika berkemampuan pada masa tertentu.

2) Wuquf

Dalam ibadah haji, jemaah diwajibkan untuk berwuquf di Arafah pada 9 Zulhijjah kerana ia adalah salah satu rukun haji yang ditetapkan.

Manakala, bagi ibadah umrah pula, tidak perlu berwuquf.

 

Kesimpulannya, banyak kelebihan menunaikan umrah yang kita dapat. Yang paling istimewanya, kita berpeluang beribadah dan menjadi tetamu Allah S.W.T.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca, dan juga bakal jemaah yang akan menunaikan ibadat umrah.

 

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari www.cutiumrah.com ataupun boleh bertanya terus kepada pihak kami untuk keterangan lebih lanjut.

Umrah bersama Cuti Umrah

Adakah anda mencari travel agency untuk membawa anda mengerjakan umrah? Daftarlah bersama Cuti Umrah.

Dengan Cuti Umrah, setiap perjalanan dan pergerakan para jemaah telah kami aturkan dan dijamin selesa mengikut bajet anda.

Anda akan menaiki penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah dan diiringi oleh mutawif yang terlatih sepanjang anda mengerjakan umrah.

Selain itu, pengurusan visa umrah juga akan diuruskan sepenuhnya oleh ejen berpengalaman. Hotel 5 bintang atau setaraf akan disediakan khas untuk anda.

Jangan risau, terdapat insurans dan perlindungan takaful dalam pakej umrah yang kami sediakan.

 

Jadi,  jangan lepaskan peluang ini dan daftarlah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *