Air Cuti Umrah

Kelebihan Air Zam Zam: Sejarah dan Khasiat

Bila menceritakan tentang pengalaman mengerjakan ibadat umrah dan haji, mesti tidak terlepas untuk menceritakan betapa nikmatnya minum air zamzam di tanah haram ini. Apa yang dimaksudkan dengan kelebihan air zam zam?

Maksud Zam Zam

Zam Zam dari segi bahasa bererti banyak atau melimpah ruah. Zamzam merupakan air yang dianggap suci oleh umat Islam. Ia merupakan sumur mata air yang terletak di kawasan Masjidil Haram, bersebelahan tenggara Kaabah yang mempunyai kedalaman sedalam 42 meter.

Sejarah Air Zam Zam

Mesti anda tertanya-tanya, apa sejarah kemunculan air zam zam ini? Peristiwa Siti Hajar yang berlari ulang-alik antara Bukit Safa ke Bukit Marwah demi mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail yang sedang kehausan di tengah padang pasir.

Maka dengan izin daripada Allah s.w.t, Siti Hajar mendengar perintah-Nya untuk melihat Nabi Ismail menangis sambil menghentakkan kakinya ke tanah. Akibat daripada hentakan tersebut, telah berjaya menghasilkan air yang melimpah lalu Siti Hajar berkata “zamzam” (berkumpullah) hingga akhirnya air itu berkumpul dan dinamakan zamzam.

cuti umrah air zamzam
Itulah sedikit sebanyak tentang sejarah kemunculan air zam zam ini.

Sumur Zam Zam

Sumur zam zam terletak 11 meter dari Kaabah dan ianya dapat menyedut air sebanyak 11-18.5 liter setiap jam. Dahulunya, terdapat bangunan di atas sumur ini tetapi telah dirobohkan bagi meluaskan tempat tawaf sehingga ruang minumnya dipindahkan ke ruang bawah tanah di tempat tawaf yang mempunyai 23 anak tangga serta penyejuk udara.

Ruang minum tersebut dipisahkan antara Jemaah lelaki dan perempuan. Sumur zamzam ini telah dipagari dengan kaca tebal dan dapat dilihat dari ruang minum Jemaah lelaki.

 

Sumur Zam Zam
Gambar menunjukkan sumur atau telaga air zam zam

Sumur zam zam ini telah digali dengan menggunakan tangan. Untuk pengetahuan, air zamzam tidak berbau akan tetapi memiliki rasa yang berbeza.

Adab Meminum Air Zam Zam

Ada tak perkara-perkara yang disunatkan atau adab ketika meminum air zam zam ini? ya ada jangan hanya tahu kelebihan air zam zam, tapi perlu juga menjaga adab bagi memelihara kesucian dan tanda bersyukur atas Nikmat yang diberi.

Air Zam ZamAntara adab atau perkara sunat yang digariskan ialah:

  1. Menghadap kiblat,
  2. Membaca Bismillahsebelum minum.
  3. Minum airzam-zam dengan niat ikhlas.
  4. Jangan minum dengan sekali teguk sehingga habis
  5. Minum sebanyak tiga kali dan diselangi bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi.
  6. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, melihat ke arah Kaabah/kiblat.
  7. Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
  8. Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى(baca Alhamdulillah).
  9. Memperbanyakkan doa ketika minumdan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Doa Ketika Minum Air Zamzam

اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمً نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَآءً مِنْ كُلِّ دَآءٍ

ALLAHUMMA INNII AS ALUKA ‘ILMAN NAAFI’AN WA RIZQON WAASI’AN WASYIFAA AN MIN KULLI DAA IN

 Ertinya :
Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit.

Keistimewaan dan Kelebihan Air Zam Zam

Apa pula keistimewaan atau khasiat minum air zam zam ini? Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat apabila kita minum air zamzam ini antaranya:

1) Mengoptimumkan Proses Metabolisme Tubuh

Fungsi metabolisme adalah untuk mengubah zat-zat yang masuk ke dalam tubuh seperti lemak menjadi tenaga.

Dengan minum air zamzam, ianya sangat berguna supaya metabolisme tubuh mampu berjalan dengan baik serta berguna untuk mencegah terjadinya timbunan lemak di dalam tubuh.

2) Menghilangkan Lapar

Mengikut Sains, air zam zam ini bebas daripada mikroorganisme yang boleh mengurangkan kesegaran air.

Air ini mengandungi dua mineral yang sangat penting iaitu kalsium dan magnesium.

Kedua-dua kandungan mineral ini membuatkan air zamzam memberi manfaat dalam menyegarkan tubuh badan.

Keberkahan air zam zam ini berfungsi sebagai makanan yang boleh mengenyangkan bagi orang yang meminumnya.

3) Memaksimumkan Proses Penghasilan Sel Kulit Mati

Air zamzam juga mempunyai manfaat dalam penjagaan penampilan kulit tubuh seperti membantu menghasilkan sel kulit mati dan diganti dengan kemunculan sel kulit yang baru.

Air zamzam juga membantu dalam mencerahkan kulit tubuh dan wajah.

4) Melancarkan Peredaran Darah

Minum air zamzam juga boleh melancarkan peredaran darah dalam badan manusia.

Masalah peredaran darah dalam tubuh badan terjadi akibat pengumpulan lemak dalam salur darah.

Pengambilan makanan berlemak seperti makanan segera dan jarang bersukan merupakan salah satu punca pengumpulan lemak dalam badan.

5) Menyihatkan Tulang Dan Gigi

Tubuh manusia memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi setiap hari bagi memastikan tulang dan gigi sentiasa sihat dan kuat.

Air zamzam mempunyai kalsium yang mampu memberi manfaat bagi kesihatan tulang dan gigi.

Kekerapan meminum air ini boleh mencegah daripada berlakunya masalah pereputan tulang dan gigi.

6) Memberikan Tenaga Bagi Ibu Hamil

Kita sedia maklum bahawa keadaan tubuh ibu ketika hamil adalah sering berasa letih.

Kelebihan air zam zam juga dapat membantu mengatasi rasa keletihan pada ibu hamil serta memberi tenaga kepadanya.

Ianya juga dapat menyegarkan tubuh badan serta menaikkan semangat dalam diri ibu hamil ini.

7)  Menguatkan Rahim Ketika Hamil

Rahim merupakan tempat terletaknya janin. Keadaan rahim yang kuat sangat penting agar proses kehamilan sepanjang 9 bulan boleh berjalan dengan baik.

Minum air zamzam ini sangat bermanfaat untuk menyihatkan dan menguatkan rahim ibu hamil dan umumnya dapat menyihatkan tubuh badan ibu yang sedang hamil.

Nimati Salah Satu Rahmat dan Kelebihan Air Zam Zam Kurniaan Allah

Air Cuti UmrahKesimpulannya, minum air zamzam ini mempunyai banyak khasiat dan keistimewaan yang tersendiri serta pentingnya adab dan niat seseorang itu apabila hendak minum air zamzam ini. Sekiranya berniat baik dan halal, In sha Allah ianya dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Berminat mendapatkan Pakej Umrah dan Haji, Hubungi Kami sekarang !

Tempah di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *