fbpx

Umrah Tanpa Mahram : Boleh atau tidak?

Bila anda baca tajuk ini(Umrah Tanpa Mahram: Boleh atau tidak?), mesti banyak perkara yang terlintas di fikiran kan? Apa itu mahram? Apa sebab perlunya mahram ini? Adakah lelaki juga memerlukan kepada mahram?

Mahram dan Muhrim

Mahram menurut Islam bermaksud orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram untuk kita bernikah dengannya.

Masyarakat kini keliru dengan perkataan mahram dan muhrimMuhrim pula bermaksud orang yang sedang berihram ketika dalam ibadat haji atau umrah.

Umrah Tanpa Mahram Lelaki
Sumber: skypecrews.blogspot.com

Adalah diingatkan bahawa jemaah lelaki tidak memerlukan kepada mahram.

Umrah Tanpa Mahram Perempuan
Sumber: skypecrews.blogspot.com

Hanya jemaah wanita sahaja yang memerlukan adanya mahram, suami ataupun tsiqah (orang yang dipercayai)bagi menemani mereka dari segala sudut terutamanya untuk mengelakkan timbulnya fitnah.

Umrah Tanpa Mahram?

Perlu ke bawa mahram semasa hendak menunaikan umrah atau haji serta apa pula hukum menunaikan umrah tanpa mahram?

Apabila kita melihat kembali dalil-dalil dari sudut syar’i, hukum menunaikan umrah tanpa mahram ini sama dengan hukum safar bagi wanita tanpa mahram.

Didalam hukum tersebut menjelaskan bahawa wanita tidak dibenarkan untuk keluar rumah lebih dari tiga hari tanpa suami ataupun mahramnya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Tidak halal bagi wanita muslim bepergian lebih dari tiga hari kecuali bersama mahramnya.” (HR. Muttafaq’alaihi)

Namun, terdapat dua pendapatmengenai hukum wanita menunaikan umrah tanpa mahram.

Umrah Tanpa Mahram
Sumber: Payunglah.com

Pertama: Mengharuskan adanya mahram

Bagi wanita yang telah mencapai tahap akil baligh(dewasa),maka diharuskan keatasnya untuk mengadakan mahram.

Hal ini dapat dilihat pada zaman dahulu yang belum tentu adanya jaminan keselamatan dan keamanan bagi wanita yang pergi bersendirian tanpa ditemani mahramnya, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jarak jauh dan dikehendaki untuk melalui padang pasir seorang diri.

Maka dari itu, adalah diharuskan adanya mahram atau suami bagi mengatasi daripada berlakunya kejadian buruk.

Hal ini telah menunjukkan gambaran bahawa agama Islam sangat menjaga dan melindungi kaum Hawa dari kejadian buruk ataupun fitnah.

Dan dari Ibnu Abbas ra. berkata bahawa Rasulullah SAW. dalam khutbahnya pernah mengatakan :

“Dan janganlah seorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.” Lalu ada seseorang yang bertanya kepada beliau, “Ya Rasulullah, aku tercatat untuk ikut serta pergi dalam peperangan tertentu, namun, isteriku hendak menunaikan ibadah haji.”Kemudian Rasulullah menjawab, “Pergilah bersama isterimu untuk haji bersamanya.”(HR. Bukhari, Muslim, dan Ahmad).

Daripada dalil di atas, dapat disimpulkan bahawa adalah lebih baik jika wanita ditemani mahram, suami, ataupun tsiqah(orang yang boleh dipercayai) kemana sahaja dia hendak pergi.

Kedua: Tidak Mengharuskan Adanya Mahram.

Apa pula keadaan yang tidak mengharuskan adanya mahram?

Dalam keadaan ini, terdapat pelbagai pendapat yang tidak mengharuskan wanita itu untuk mengadakan mahram ketika menunaikan ibadat ini.

Sesetengah ulama berpendapat keadaan ini boleh terjadi sekiranya kita lihat bahawa situasi pada masa itu aman dan keselamatan terjaga apabila wanita tersebut bersendirian tanpa ditemani oleh mahram atau suaminya.

Rasulullah S.AW. pernah bersabda:

“Wahai Adi, pernahkah engkau ke Hijrah?”Adi menjawab, “Belum, Ya Rasulullah. Hanya mendengarnya saja.”Lalu beliau bersabda, “Apabila umurmu panjang, engkau akan melihat wanita bepergian dari kota Hijrah berjalan sendirian hingga mampu tawaf di Ka’bah, dengan keadaan tidak merasa takut pada apapun kecuali hanya kepada Allah SWT.”Adi berkata, “Maka aku akhirnya menyaksikan wanita bepergian dari Hijrah hingga tawaf di Ka’bah, sendirian dan tanpa rasa takut kecuali hanya pada Allah SWT.”

Pandangan yang seterusnya pula, menurut Al-Imam Malik Rahimahullah, bila kaum Hawa aman dari fitnah maka ia dibolehkan untuk pergi bersendirian tanpa mahram atau suami, namun ditemani oleh wanita tsiqah.

Pendapat lain yang menyatakan dibolehkan wanita melaksanakan umrah atau haji tanpa mahram pun didukung oleh dalil yang mengatakan:

“Para isteri Nabi pun pergi haji pada masa Umar setelah diberikan izin oleh beliau, namun mereka ditemani oleh Uthman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf.” (HR. Al-Bukhari).

Umrah Tanpa Mahram : Boleh atau tidak?

Kesimpulannya, berdasarkan dari beberapa dalil tersebut ada beberapa ulama menyimpulkan jika syarat menyertakan mahram merupakan syarat berhaji dan umrah, hal tersebut adalah untuk menjaga keamanan wanita pada saat perjalanan jauh agar terhindar dari kejahatan mahupun fitnah.

Dan ada pula ulama yang berpendapat jika umrah tanpa mahram tetap sah, kerana mahram bukanlah syarat sah dalam melakukan umrah.

Umrah dan Haji Tanpa Mahram
Sumber Foto: thevocket.com

Hukum wanita umrah tanpa mahram sebenarnya tergantung pada bagaimana pendapat dan kesimpulan dari setiap individu.

Namun, alangkah lebih baik bagi kaum hawa jika ditemani oleh mahramnya atau suaminya, hal ini semata-mata demi kebaikan dan keselamatan diri.

71 thoughts on “Umrah Tanpa Mahram : Boleh atau tidak?”

  1. Norlia binti Hj Kamal

    Assalamualaikum wbt. Sayà niat mengerjakan umràh tahun 2020 bersama dgn kakak2 saya. Sy berumur 54 tahun, ingin membawa anak angkat perempuan bersama. Suami saya tidak pergi bersama. Boleh kah Saya membawa anak angkat tetapi di temani oleh makram iaitu suami kakak saya. Tolong bantu selesaikan masalah Saya ini. Tk

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wbt. Perempuan dewasa yang telah berummur lebih 45 tahun boleh mengerjakan haji atau umrah TANPA mahram. Adapun anak angkat perempuan, wajib ke atas kedua ibu bapa angkaynya turut serta dalam musafir haji atau pun umrah. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan bantuan menguruskan perjalanan haji tau umrah puan Norlia boleh terus menghubungi kami di 017 8202010. Moga dapat membantu, terima kasih.

    2. Saya ingin menunaikan umrah bersama ibu saya, anak saya dan adi perempuan saya. Saya berusia 35tahun. Suami saya tak dapat ikut. Jadi kami berempat sahaja. Dapat tak kami pergi walau tanpa mahram?

      1. Cuti Umrah

        asalamualaikum puan norlia,

        puan boleh cuba pujuk abang puan atau adik lelaki puan yang telah cukup berumur 18 tahun atau pun datuk puan sendiri. Untuk masuk ke saudi dengan visa umrah atau haji wajib bersama Mahram. untuk maklumat lanjut dan bantuan boleh terus hubungi Ust Akim di 0178202010. semoga menjawab soalan.

    3. Husnina zamani

      Suami kakak bukanlah mahram. Dan berpergian bersama kakak diharuskan kerana adanya sebab2 keamanan ketika menunaikan haji, asal saja kakak2 tersebut adalah yang boleh dipercayai.

  2. Assalamualaikum wbt, saya berniat untuk pergi umrah pada tahun 2020 bersama ibu,opah dan adik lelaki. Saya sudah berkahwin, tetapi suami tidak ikut untuk pergi umrah. Jadi apa yang saya perlu lakukan ? Adakah suami saya perlu memberi surat izin ? apakah proses nya ? Terima kasih.

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam wrt,

      puan boleh pergi menenunaikan umrah dengan bermahramkan adik lelaki puan yang telah melepasi had umur 18 tahun. Suami puan tidak perlu berikan keizinan bertulis, cukup dengan izin lisan. untuk prosos pendaftaran lanjut berkenaan dengan pakej umrah boleh terus menghubungi Ustaz Akim di 0178202010. Terima kasih

  3. Nurul Dayana

    Assalamualaikum , Saya berumur 21 tahun dan jika dengan IzinNya , saya bersama seorang rakan saya akan menunaikan umrah pada 2020 . Bolehkah kami berdua pergi tanpa mahram masing masing ? Kerana kami mengumpul duit dari tahun tahun sebelum ni cukup untuk kami sahaja . Mohon pencerahan

    1. Cuti Umrah

      salam cik dayana, kerajaan arab saudi hanya membenarkan wanita berumur 45 tahun ke atas sahaja masuk menunaikan haji atau umrah tanpa MAHRAM. Cadangan saya, cik boleh pergi bersama AYAH, ABANG, ADIK lelaki umur 18 tahun dan ke atas, PAKCIK sebelah ibu atau bapa, ATUK. Moga menjawab persoalan. Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi Ust Akim 017 8202010.

    2. Normayatie Yap

      18/9-2019 nanti saya nak gi umrah tapi kami buat mahram berkumpulan, maksudnya kami sekumpulan wanita sbb suami saya tak dpt ikut. Umur saya 33 thn

      1. Cuti Umrah

        salam puan normayatie, boleh terus hubungi ust Akim untuk permasalahan ini di 017 8202010.

  4. salam. saya sudah berkahwin. berumur 38 tahun. saya memang teringin nak pergi buat umrah dan haji. tetapi suami dan adik lelaki saya tidak boleh menemani saya. apakah alternative untuk saya pergi membuat umrah dan haji? tolong bantu saya. saya memang hendak ke sana dalam waktu terdekat ini.

    1. Cuti Umrah

      salam puan riena,
      puan boleh pergi umrah atau haji dengan bermahramkan ATUK atau Pakcik adik beradik ibu atau bapa. untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi Ust Akim 017 8202010

  5. assalamualaikum,

    sy berniat nk tunaikan umrah tahun 2020. sy berumur 30 tahun dan belum berkahwin. ayah dan adik lelaki tak boleh menemani sy. adakah sy x dibenarkan pergi dan kena tunggu hingga umur 45 tahun?

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wrt syafiqah,
      wanita bawah 45 tahun wajib memasuki arab saudi dengan visa umrah atau pun haji dengan MAHRAMNYA, syafiqah boleh cuba pujuk ayah , abang, adik lelaki cukup umur 18, pakcik adik beradik ibu ataupun bapa, atuk. Semoga Allah mudahkan urusan syafiqah untuk tunaikan umrah. boleh terus hubungi Ust Akim untuk maklumat lanjut dan bantuan 0178202010.

  6. Assalamualaikum, saya berhajat utk menunaikan umrah pada tahun depan. Saya akan pergi bersama keluarga saya, mak ayah tiri saya dan adik beradik tiri. Adakah ayah tiri boleh dikira sebagai mahram?

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam alya, ayah tiri boleh di jadikan Mahram. Untuk bantuan melaksanakannya boleh terus hubungi Ust Akim di 0178202010. semoga menjawab soalan.

  7. Efwan Reza Bin Rusdizal

    Assalam tuan, saya Wan Reza.. berhajat utk menunaikan umrah tetapi pergi sendirian (Mngikut agensi bertauliah). Boleh ke?

    Atau pihak kerajaan mewajibkan bakal jemaah sekurang2nya membawa teman?(ayah..anak..@ abg) mohon pencerahan. Efw

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wrt wan reza,
      lelaki yang telah cukup umur 18 tahun boleh pergi menunaikan umrah tanpa perlu sesiapa mengiringinya. Untuk bantuan lanjut boleh terus hubungi Ust Akim di 0178202010. semoga dapat mambantu tuan menunaikan umrah.

  8. FAIRUS BT ABU BAKAR

    Assalamualaikum, saya wanita berumur 41 tahun dan belum berkahwin. Saya berniat untuk mengerjakan umrah pada tahun 2020 nanti bersama-sama ahli keluarga saya yang terdiri daripada anak saudara lelaki (sebelah ibu saya), kakak (seibu) dan anak saudara perempuan (sebelah ibu saya).Adakah anak saudara lelaki (sebelah ibu) boleh dikira sebagai mahram saya untuk mengerjakan umrah?

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam puan fairuz, anak buah sebelah ibu puan boleh manjadi mahram kepada kumpulan umrah puan. untuk bantuan melaksanakannya boleh terus hubungi Ust Akim di 0178202010. semoga dapat mambantu puan dan keluarga menunaikan unrah pada tahun 2020.

  9. Assalamualaikum. Saya berusia 36 tahun dan belum berkahwin. Ingin mengerjakan umrah pada dis 2019. Bolehkah saya bermahramkan kakak kandung saya? Kakak pergi bersama suami dan anak perempuannya.. Jika tidak boleh, bolehkah saya bermahramkan anak saudara lelaki (anak kakak berusia 22 tahun)?

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam wrt puan zu,
      puan boleh bermahramkan anak buah puan yang telah berumur 22 tahun. untuk bantuan melaksanakan prosesnya boleh terus hubungi Ust Akim di 017 8202010.

  10. assalamualaikum,saya dan suami ingin pergi umrah tahun depan dan berhasrat membawa anak angkat perempuan kami berumur 32tahun yg daftar sah anak angkat dan cucu perempuan berumur 12 tahun,boleh ke bapa angkat sebagai mahram utk anak dan cucu

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam wrt puan nuriha,

      bapa angkat boleh di jadikan mahram untuk anak dan cucu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ust Akim di 0178202010 untuk daftar menunaikan umrah. semoga menjawab soalan.

  11. June Hussin

    Assalamulaikum , saya berusia 40 dan adik perempuan 35.Kami bercadang ingin menunaikan umrah besama-sama kakak saya ( seibu & sebapa ) beserta suami dan anak lelakinya berumur 25 thn.Adakah boleh saya & adik bermahramkan anak saudara ?

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wrt puan june, secara umumnya anak buah memang mahram pada hukum islam. Adapun pada urusan visa umrah dan haji, perlukan beberapa perincian dan dokumen sokongan untuk bermahramkan anak buah. Boleh hubungi Ust Akim untuk bantu berkenaan permasaalahan ini di talian 0178202010. semoga menjawab soalan.

  12. Siti Sarah

    Assalamualaikum, saya wanita berusia 30 tahun, belum berkahwin dan ingin mengerjakan umrah bersama kakak kandung saya dan suaminya. Boleh kah saya bermahramkan abang ipar saya?

    1. Cuti Umrah

      waalaikum salam wrt cik siti sarah, cik tidak boleh bermahramkan abang ipar, mahram yang di benarkan adalah hubungan darah yang di haramkan nikah selamanya. Untuk bantuan menyelesaikan masalah cik, boleh terus hubungi Ust Akim di 0178202010. Semoga menjawab soalan.

  13. Noraini abu bakar

    Assalamualaikum. Saya berusia 43. Ingin mengerjakan umrah awal 2020. Suami tidak mengikut tetapi saya ingin pergi bersama ibu, kakak kandung dan suami kepada kakak. Boleh ke bermahramkan abang ipar. Terima kasih

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wrt puan noraini,
      abang ipar tidak boleh di jadikan mahram untuk visa umrah dan haji. untuk bantuan boleh terus hubungi ust Akim di 0178202010. semoga menjawab soalan.

  14. Assalamualaikum, saya berusia 29tahun, seorang ibu tunggal, mempunyai anak sepasang berumur 12 dan 9 tahun. Sy berhajat ingin mengerjakan umrah awal 2020, bolehkah saya pergi tanpa mahram kerna ayah saya sakit(rawatan haemodialisis seminggu 3kali), dan saya tidak mempunyai abang atau adik lelaki. Dan atuk juga suda tidak ada.

    1. Cuti Umrah

      Walaikum salam wrt Pn roaina, secara amnya visa umrah puan tidak dapat di buat jika tidak mampunyai mahram. Hubungi Ust Akim untuk bantu puan di 0178202010.

  15. Asalamuailaikum WBt,Saya ingin Bertanya,boleh kah adik beradik kandung ..Lelaki Dan Perempuan Berumur Lebih Kurang 35 hingga 50 tahun tinggal Sebilik untuk Menunaikan Umrah..atau Sebalik nya .. Maaf ya saya Bertanya untuk kepastian saya..

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wrt daniel, adik beradik kandung boleh untuk tinggal sebilik, tiada sebarang masalah, cumanya perlu ambil pakej ikut bilangan yang betul sahaja.

  16. Davincy Saha Mohd Sanusi

    Assalamualaikum,
    Anak lelaki saya berumur 14 tahun.. Bolehkah dia pergi menunaikan umrah sendirian..

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam wrt saha, anak lelaki yang telah akil baligh boleh pergi menunaikan umrah sendirian tanpa di iringi ahli keluarganya yang dewasa cuma tidak boleh di jadikan sebagai mahram sahaja.

    2. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه…
      Saya Miza, Suami saya ingin menunaikan Umrah dalam masa terdekat ini bersama keluarga Ibu Mertua, dan tidak dapat membawa saya menyertai Travel Agensi yang mereka ambil. Tetapi saya juga ingin menunaikan Umrah memandangkan Suami akan pergi. Bolehkah saya juga turut pergi menunaikan Umrah pada tarikh dan masa Suami juga akan menunaikan Umrah, dan pergi dengan Travel Agensi yang lain? Atau adakah cara lain untuk saya menunaikan Umrah bersamaan kepada tarikh Suami dan keluarganya menunaikan ibadah Umrah?

      1. Cuti Umrah

        walaikumsalam wrt, adalah sebaiknya pergi bersama suami puan, mengapa puan perlu pergi berlainan agensi sedangkan ikut suami puan dengan agensi yang sama lebih mudah?

  17. Assalamualaikum.
    Sy ingin bertanya.
    Sy berumur 25tahun dan belum berkahwin. Boleh ke sy ingin menunaikan umrah hjung thun ini bersama keluarga ibu saudara sy (ibu saudara sebelah bapa, suaminya, anak2 lelaki & perempuan, dan juga nenek sy sebelah bapa) ?

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam wrt, tidak boleh bermahramkan suami kepada makcik sebelah bapa, pakcik sebelah bapa samada abang ayah atau adik lelaki ayah boleh insyallah.

  18. Normayana binti kamaluddin

    Salam, sy berniat nk antar mak sy yt berusia 65 tahun utk pergi unrah. Perlu ke mak sy menyediakn mahram? Sbb sy pernh ty sebuah agensi, mereka ckp x perlu slps umur 45 tahun, tp oerlu mendaptkn surat kebenaran de mahram. Tp mak sy dh x de suami, dn adk berdik laki semua dh meninggal. kami pula adk beradik semua perempuan. Tp kami semua dh berkahwin. Dn bila sy kemukakan alsan itu mereka tidk boleh menjwb kerana mereka khuatir akn sangkut di arab saudi. Minta pencerahan… Kami mmg dh kahwin, tp belum cukp budgt klu nk pegi dgn suami untk bawk mak. Hy blh hantrkn mak shj

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam wrt normaya, ibu boleh pergi menunaikan umrah tanpa mahram. Untuk bantuan lanjut sila hubungi Ust Akim di 017 8202010.

  19. assalamualaikum, saya bercadang untuk menunaikan umrah pada tahun 2020, saya ingin pergi bersama anak-anak saya 3 orang perempuan yang berumur 23,20 dan 17. Suami saya tidak turut serta. bolehkah kami pergi tanpa mahram?

    1. Cuti Umrah

      walaikumsalam syafiza, puan boleh cuba pergi dengan abg atau adik lelaki puan. Mahram di wajibkan pada situasi puan ini.

  20. Salam,

    Saya seorang perempuan berumur 22 tahun.

    Saya merupakan anak tunggal, tiada adik beradik lain. Ayah dan datuk sebelah ayah masih hidup. Saya tidak ada bapa saudara sebelah ayah (ayah tiada adik beradik lelaki)

    Saya ingin menunaikan umrah pada Dec 2019 ini bersama ibu saya, makcik saya (Kakak kandung ibu) dan pakcik saya (adik kandung ibu). Ayah dan datuk sebelah ayah tidak dapat turut serta atas sebab tertentu.

    Soalan saya, bolehkah pakcik saya (adik kandung ibu) menjadi mahram untuk saya?

  21. Assalamualaikum puan… Sya rancang nak pegi umrah tahun 2020…
    Anak perempuan saya berumur 19tahun pada tahun itu.. Boleh ka saya bawa dia tanpa mahram…

  22. Assalamualaikum tuan, ibu saya akan menunaikan umrah pada bln oktober 2109 ni.. Sy berumur 30thn ayah sy sudah meninggal dan saya tiada adik beradik lelaki..dan saya juga ingin menunaikan umrah menemani ibu saya..dan saya tiada mahram untuk pergi bersama..adakah dibolehkan saya untuk tumpang mahram?

  23. Salam, saya nak tanya, saya berkeinginan nak mengerjakan umrah dengan mak saya. Umur saya 29 manakala mak 58, ayah tak ikut, suami pun tak nak pergi, kami tiada adik beradik lelaki, pakcik2 atuk2 pun xde, soalan saya apakah dibolehkan wanita sahaja yg pergi? Sebagai contoh ibu saya dan saya sahaja.

  24. Assalamualaikum. Saya berumur 28 tahun, belum berkahwin. Boleh ke saya pergi umrah hujung tahun ini bersama ibu, mak saudara sebelah ibu & suaminya ?

  25. Salam. Saya balqis berumur 27 tahun. Saya bercadang ingin menunaikan umrah bersama ibu dan ibu saudara saya tetapi tiada mahram. Bolehkah visa pelancong membenarkan saya membuat umrah tanpa mahram? Atau perlu bertanya kepada agen terlebih dahulu.

  26. Assalammualaikum.. maaf bertanya.. saya nak pergi umrah dah 3 tahun pujuk suami. Tapi hati nya belum terbuka, tapi hati saya kuat n rindu nak kesana.. boleh ke kalau saya pergi umrah sendirian atau ada jalan lain untuk saya ?

    Adik lelaki saya pulak… baru berumur 19 tahun dan masih kumpul duit lagi…

  27. Assalamualaikum suami Dan keluarga (emak Dan 3adik perempuan) beliau bercadang mengerjakan umrah Dan membawa anak perempuan kami berusia 11thn. Bolehkah anak ikut mengerjakan umrah tanpa ibu? Terima kasih.

  28. Assalamualaikum, suami saya akan mengerjakan umrah bersama nenek saudara beliau yang berumur 89 tahun. Nenek saudara suami saya mempunyai cucu lelaki sendiri tetapi beliau berkehendakkan suami saya yang menemani beliau untuk menunaikan umrah dan dalam keadaan saya yang sedang mengandung. Bagaimanakah situasi saya dan apakah solusi yang terbaik untuk kami?

    1. Cuti Umrah

      waalaikumsalam maznah, jika kandungan masih di peringkat awal atau pun puan merasakan kandungan dlm keadaan stabil, bolih untuk pergi umrah menemani. tiada sebarang sekatan padanya. untuk pencerahan lebih dalam sila hubungi saya di 017 8202010 atau klik di sini https://cutiumrah.wasap.my

  29. Noraini Razali

    Assalammu’alaikum tuan yang dihormati,
    Arwah mak mertua saya semasa hidupnya berhajat membawa anak perempuan saya (cucu arwah) yang berusia 13 tahun menunaikan umrah. Namun arwah telah meninggal dunia. Bapa mertua meminta saya menggantikan arwah sekaligus menjadi tsiqah kepada anak saya.
    Tetapi ejen menyatakan saya juga perlu ditemani suami sebagai syarat untuk mendapatkan penerbangan yang sama dan memenuhi syarat visa umrah (saya tidak jelas tentang hal ini). Jika tidak, saya perlu menaiki penerbangan lain (komersil) yang bukan di bawah pakej umrah.
    Persoalannya, adakah peluang untuk saya dapat menyertai pernerbangan yang sama walau pun saya tidak ditemani oleh suami (mahram) saya?

    Jawapan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

  30. Salam…sekadar utk bertanya….saya dan suami berniat utk menunaikan haji. Persoalannya sekarang….ada rakan yg telah kematian suami bercadang utk turut serta menumpang mahram dgn suami saya….katanya boleh tumpang mahram. Dia ada anak lelaki yg dah dewasa.

  31. Amai Timin

    Assalamualaikum.. sy bercadang untuk menunaikan umrah pada bln 12/12/2019 bersama ibu, makcik(adik perempuan ayah-65+), anak saudara perempuan ayah dan cucu sedara lelaki kepada ayah.. sy berumur 36 tahun..boleh ke saya bermahramkan cucu saudara lelaki kepada ayah? Tlg jawab pertanyaan sy.. Terima kasih..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Assalamualaikum.
Saya Ustaz Mustakim, adakah anda berminat untuk mengerjakan umrah bersama kami?
Powered by