umrah ziarah madinah

Umrah Ziarah Madinah

Seperti yang dijanjikan, ini adalah sambungan kedua umrah ziarah iaitu perjalanan umrah ziarah Madinah.
Sebut saja Madinah, semua tahu ia merujuk kepada kota Madinah al-Munawarrah. Madinah adalah salah satu kota paling suci bagi umat Islam, dikenali sebagai kota Nabi Muhammad S.A.W.
Banyak tempat-tempat bersejarah yang berada di Kota Madinah al-Munawwarah. Jadi, kami dari Cuti Umrah ingin kongsikan tentang tempat-tempat yang sering dikunjungi para jemaah umrah dan haji semasa melakukan umrah ziarah di Kota Madinah.
Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh teruskan membaca artikel ini.

 

Umrah Ziarah Madinah

Bagi perjalanan ziarah mengunjungi kota Madinah, terdapat dua bahagian iaitu:

  1. Ziarah dalam Madinah
  2. Ziarah luar Madinah

 

Ziarah Dalam Madinah

Antara tempat-tempat ziarah dalam Madinah adalah:

1) Tsaqifah Bani Sa’idah

Tsaqifah Bani Sa’idah adalah tempat peristiwa pertama setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ke-11 Hijrah. Ia terletak di sebelah Barat Masjid Nabawi iaitu bersebelahan sumur Badza’ah.

Tsaqifah Bani Sa’idah adalah tempat dimana para sahabat memberi Baiah kepada Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

Di sinilah sahabat-sahabat dari golongan Muhajirin dan Ansar berkumpul untuk membuat keputusan memilih seorang pemimpin setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

 

2) Perkuburan Baqi’

Perkuburan Baqi’ dikenali sebagai Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Ia terletak terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah.

Perkuburan Baqi’ adalah tanah perkuburan bagi penduduk Madinah dan mereka yang meninggal dunia di Madinah. Disini tempat bersemadinya isteri-isteri, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Dianggarkan seramai 10,000 sahabat disemadikan di tanah perkuburan Baqi’.

 

3) Masjid Ghamamah

Masjid Al Ghamamah terletak di barat daya sekitar 300 meter dari Masjid Nabawi. Al Ghamamah bermaksud tempat bernaung atau awan yang menaungi.

Pada awalnya, masjid Al Ghamamah adalah sebuah kawasan tanah lapang dikenali sebagai Al-Mushalla. Masjid ini merupakan tempat Rasulullah S.A.W melakukan solat istisqa’ untuk memohon kepada Allah S.W.T agar diturunkan hujan.

Pelaksanaan ini dilakukan untuk membantu masyarakat Madinah yang dilanda kekeringan. Setelah selesai menunaikan solat dan berdoa, awan mendung datang berkumpul lalu hujan lebat turun membasahi tanah Al-Mushalla.

 

4) Masjid Abu Bakar

Masjid Abu Bakar merupakan salah satu dari tiga masjid tua bersejarah di Barat Daya Masjid Nabawi di Madinah. Ia terletak jarak sekitar 330 meter daripada Masjid Nabawi.

Terdapat dua peristiwa berkaitan dengan sejarah masjid Abu Bakar. Peristiwa pertama adalah Khalifah Abu Bakar Siddiq pernah mengetuai solat Aidilfitri bersama Rasulullah S.A.W dan umat Islam terdahulu.

Peristiwa kedua, lokasi masjid ini merupakan rumah kediaman Sayyidina Abu Bakar Siddiq. Oleh itu, nama masjid ini pun dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq.

 

5) Masjid Ali

Masjid Ali terletak di Jalan Al-Munakhah, sekitar 300 meter dari arah barat Masjid Nabawi. Masjid ini merupakan rumah kediaman Sayyidina Ali bin Abi Thalib.

Masjid Ali juga pernah digunakan Rasulullah S.A.W untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Kemudian, baginda S.A.W menisbahkan nama masjid ini kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib.

 

6) Taman Raudhah

Raudhah adalah sebuah sudut tempat yang berada dalam Masjid Nabawi di Madinah. Ia terletak di antara rumah Nabi Muhammad S.A.W dan mimbar syarif.

Rasulullah S.A.W sendiri memberi nama tempat tersebut Raudhatul Jannah yang bermaksud taman-taman syurga. Raudhah tempat yang mustajab untuk berdo’a.

Disinilah tempat Rasulullah S.A.W melakukan beribadah, memimpin solat, menerima wahyu, dan juga tempat solat bagi para sahabat.

Baginda S.A.W juga sering duduk di Raudhah untuk membacakan wahyu dan mengajarkannya kepada para sahabat.

 

7) Muzium Nabawiyah

Muzium Nabi Muhammad S.A.W terletak halaman Masjid Nabawi, kota Madinah.

Muzium ini bertujuan memberi pelajaran tentang kesederhanaan dan cerminan cara hidup Rasulullah S.A.W.

Muzium ini adalah warisan bersejarah bagi menunjukkan pendekatan sebenar Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia dengan menunjukkan sikap toleransi dan kesederhanaan Islam.

 

8) Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar

Makam Rasulullah S.A.W berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi. dan menjadi salah satu tempat teristimewa di Tanah Suci Madinah.

Makam Rasulullah S.A.W pada awalnya adalah kamar baginda S.A.W dan isterinya, Saidatina Aisyah R.A.

Makam Rasulullah S.A.W pada awalnya dinamakan Masqurah. Setelah masjid diperluaskan, makam baginda S.A.W dimasukkan dalam bangunan masjid dengan kubah berwarna hijau.

Di samping makam Rasulullah S.A.W, ada makam sahabat, iaitu Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Sayyidina Umar Al-Khattab.

 

Ziarah Luar Madinah

Antara tempat-tempat ziarah luar Madinah adalah:

1) Masjid Nabawi

Masjid Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci bagi umat Islam yang mana didalamnya terdapat Makam Rasulullah S.A.W.

Sejarah pembinaan masjid Nabawi berlaku apabila unta tunggangan baginda S.A.W berhenti pada sebidang tanah yang dimiliki oleh dua orang anak yatim iaitu Suhail dan Sahl. Baginda S.A.W membeli sebidang tanah tersebut lalu membersihkan tanah yang penuh dengan pokok tamar untuk mendirikan masjid.

Baginda S.A.W sendiri terlibat secara langsung dalam menyiapkan pembinaan masjid tersebut bersama para sahabat baginda dari golongan Muhajirin dan Ansar.

 

2) Masjid Quba

Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat Islam semasa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah.

Sebelum baginda S.A.W dan para sahabat sampai ke Madinah, mereka telah singgah di sebuah perkampungan yang bernama Quba. Sahabat baginda bernama Ammar R.A bercadang untuk mendirikan tempat beristirehat dan tempat solat Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

Cadangan itu dipersetujui oleh baginda S.A.W dan para sahabat. Maka, di situlah terbinanya Masjid Quba. Pembinaan ini merupakan suatu titik penting terhadap kepentingan pembinaan masjid dalam membina sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu.

Setelah Masjid Quba siap dibina, Nabi Muhammad S.A.W meneruskan perjalanan kembali ke kota Madinah.

 

3) Masjid Jum’ah

Masjid Jum’ah terletak di Wadi Ranawna iaitu di perkampungan Bani Salim bin Auf kira-kira 500 meter dari Masjid Quba dan lebih kurang 2.5 km dari Masjid Nabawi.

Setelah 4 hari berada di Quba, baginda S.A.W bersama para sahabat melanjutkan perjalanan menuju Madinah pada pagi hari Jumaat. Ketika itu, waktu solat Jumaat telah masuk dan baginda S.A.W berhenti di Wadi Ranuna untuk menunaikan solat Jumaat.

Di tempat solat itu, baginda Rasulullah S.A.W kemudian mendirikan masjid sebagai peringatan atas pelaksanaan solat Jumaat dan menamakannya dengan Al-Jum’ah (Jumaat).

 

4) Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain merupakan saksi perpindahan kiblat solat umat Islam. Tempat ini terletak di Al Qiblatain, Madinah, bernama Masjid Bani Salamah.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah, di mana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan Baitul Maqdis.

Ketika itu, turun wahyu daripada Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W agar memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram.

Sebaik sahaja mendengar perintah itu, baginda S.A.W memutarkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Sejak peristiwa itu, arah kiblat umat Muslim pun berubah ke arah Ka’bah di Masjidil Haram, Makkah.

5) Jabal Uhud

Satu-satunya gunung di dunia ini yang akan ada di dalam syurga kelak. Gunung ini menjadi saksi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dalam pertempuran Uhud melawan kafir Quraisy.

Perang Uhud berlaku pada tahun 625 Masihi yang melibatkan seramai 700 orang kaum Muslimin dan 3,000 kafir Quraisy.

Perang Uhud meninggalkan kisah pilu di mana ratusan sahabat Nabi Muhammad S.A.W gugur di medan perang termasuk bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W, Hamzah bin Abdul Mutalib.

 

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian berkaitan dengan umrah ziarah Madinah. Jika terdapat soalan ataupun keterangan lanjut berkaitan dengan ibadah umrah. Boleh layari kami di laman sesawang www.cutiumrah.com.

 

Daftar Umrah Bersama Kami

Anda berhasrat untuk mengerjakan umrah? Jadikan Cuti Umrah sebagai pilihan anda.

Kami menyediakan pakej umrah terbaik dengan harga yang rendah bermula RM6,788.

Setiap perjalanan dan pergerakan telah kami aturkan khas untuk anda. Kami menyediakan tiket penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah.

Selain itu, pengurusan visa umrah akan diuruskan sepenuhnya oleh ejen berpengalaman. Hotel 5 bintang atau setaraf disediakan khas untuk anda.

Pakej ini juga termasuk dengan insurans dan perlindungan takaful untuk keselamatan para jemaah.

 

Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *